Voting

Saturday 3 December 2011

silent is the best word

aku takut, stress dan tak nak diperbodohkan lagi. susah kalau jadi 'yes man' ni =.=|
harap apa apa yang buruk tak berlaku. amin...

Wednesday 9 November 2011

i'm wondering why???

Hello readers. it's been so long since the last time i updated this blog. huwarghhh. so freaking busy with law school life.*sigh* last week only we had 4 tests in a week!-.-

Regarding what am i going to blog today is HE called me! suddenly. unpredictable. AND unbelievable. why???only he has the answer to that question. and i'm kept on wondering whyyyyyy and that was what made me puzzled for the past few days......

P/S : now is the mid semester break and i was soooo busy doing NOTHING and not STUDY. =.=

Okay. till the next post. bubbye! 


Thursday 6 October 2011

life as a UM student :]

Assalamualaikum. hai semua ! tiba tiba baru tersedar yang aku lama sangat dah tak update blog ni. haha. bukan tak nak menulis, tapi masa tidak mengizinkan dan mungkin aku malas sebenarnya. haha

Okay. dah genap sebulan aku bergelar pelajar Universiti Malaya. dan kini I'm still adapting with my life. still. and truthfully-speaking, I miss my foundation life in UiTM Shah Alam and also my best friends there. sangat. tapi itu semua dah berlalu, aku mempunyai hidup yang baru sekarang.

Masa mula mula datang sini, aku agak terkejut dan stress dengan 2 minggu orientasi aku kat sini. seminggu orientasi kat kolej, seminggu orientasi kat fakulti. tapi jika ditanya mana satu yang lebih stress, aku akan kata orientasi kat fac lebih memenatkan dan menguji kekuatan semangat dan mental aku secara peribadi. bayangkan jadual program orientasi yang packed ditambah perlu menghadiri kuliah pada masa yang sama benar2 menguji diri. kalau nak tau lebih lanjut, I will tell you what actually happened but I'm sorry I can't blog about it here.

Then, here it goes,  my life as a UM law student started. it's not that easy like others will see and think. it's quite tough here. no wonder lah masa orientasi, kalau aku cakap aku ambil law course, rata rata response yang diberi ialah 'wahhhhh' dan buat muka macam kagum sangat la kan. bagi aku, what's wrong with them? now the answer is in me now.

Antara perkara yang aku nak bagitau kat sini ialah :

- Kat sini jadual tutorial kene register sendiri. ikut jadual masing masing. dah la berebut-rebut masa nak register which I really hate this kind of system. dah tu, kalau kelas tutorial kau clash dengan kelas yang lain, kau kene pandai pandai cari orang yang nak tuka dengan kau and bagitau dekat tutor tersebut. agak leceh di situ -.-

- Before masuk lecture, kene baca apa topic yang akan dibincangkan. seriously, kalau tak buat background reading, memang akan totally lost during lecture. it's true that I had learned most of the topics in asasi back then, tapi the way lecturer sampaikan lain dan kehendak dia lain. totally different from asasi.(kantoi dulu tak buat background reading before lecture. haha)

- Aku perlu membiasakan diri membaca kes-kes yang diberi. the problem is bukan tak nak baca, but I can't really understand what the judge meant in that particular case. bukan senang nak memahami pemikiran judge ni. panjang case jangan cakap la, ada sampai 20 something pages >.<

- Believe me or not, almost everyday I go to the library. haha. dulu aku paling malas nak 'bertapa' kat library tau. sekarang, dah tak boleh malas malas, kalau tak rajin, siapa nak carikkan cases untuk aku? nasib baik library tu sekangkang kera je.

- Seronok jumpa kawan kawan baru kat sini. harap korang pun suka kawan dengan aku. I wish that my friends here will be together with me through thick and thin as i know it's not easy to survive in this law school.

- Room mate baru ok. alhamdullilah. still getting to know each other. tapi aku rindu room mates lama jugak! especially syara, qida and fira :'(

- Kolej 12 best ! the newest, the highest and the biggest college in UM :)

P/S : sangat berharap Allah akan permudahkan segala urusan pembelajaran dan hidup aku kat sini.
        berhenti berharap pada orang itu, hope you live your life well, same goes as me too.

Thanks for reading. anneyong!

Friday 19 August 2011

say welcome to happy day !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. salam Ramadan yang hanya tinggal 9 hari lagi je untuk kita berpuasa :)

Alhamdullilah. all thanks to Allah. i'm really happy right now and hope it will be continuous ! :)

Allah knows the best for all of us. kalau ada, ada la. kalau takde, takpe. just be grateful and thankful with what you have ! :D

P/s : be friend is much much much more better than in a relationship. why is it so? take for example : A broke up with B after they had been in a relationship before. do you think A and B can be friends right after what they had been through ?

Thanks for reading. anneyong !

Tuesday 16 August 2011

NISKALA...

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. salam Ramadhan :)


"Pedih yang melanda menikam di jiwa
Sehingga diriku tanpa hala tuju
Tersentap di dada, tiada terdaya
Jika diri ini, hanyalah niskala bagimu"

Empat baris lirik kat atas ni petikan lagu Azri AF9 : Niskala. tak kenal Azri? O.O go study television kalau tak tau. haha. okay. actually niskala bermaksud sesuatu yang abstrak atau lebih tepat tidak wujud. so maksud lagu ni, kehadiran lelaki tersebut seolah-olah tidak wujud di dalam hidup gadis itu sedangkan mereka pernah ditakdirkan bersama suatu waktu dahulu. tapi sekarang? N.I.S.K.A.L.A.

One thing for sure, it's really hurt and painful if when we are meant to be into that kind of situation. isn't it ?


I'm listening to this song repeatedly now. i don't know why. as if i was in that 'position'
*not sure :s

P/S : when we are facing a time that we called a hard time, friends will always stay besides us, no matter how our situation or problem is. but love will come and go. it won't stay forever except if it's a true love. that's what friends are for. i love my friends. thanks for your concerns. really appreciate it ! :) kamsahamida ! :')
syara, bani, su, roza :)

Sunday 14 August 2011

no title

Assalamualaikum. hi everyone.

Why is it so hard and difficult to forget someone that once we had fell for?-.-
I don't know why. why do you keep appearing into my life when I'm on the brink to let you go from my life? my friends said that I should move on and try to forget the past. but I can't. *sigh*

I admit that I had those feeling towards you. maybe it was in the past. but now? am not sure about it. because you keep on 'main tarik tali' with me and not so serious. and at the same time, I think you have another girl besides you now. I seriously don't mind if you are dating with her or whatsoever but why must you approached and looked for me again and again. you know what? everytime you did that, I feel really happy as if dalam hati ada taman and it does give me some hopes. poor fara, you shouldn't hoping anything tough :(. but, when I think about your 'relationship' with that girl, it pissed me off. sakit hati. even I'm not so sure if you're really dating that girl. my instinct says the answer is yes. okay dear friends, I realized how stupid I am. =.=

Why on this Earth that girl has the same name as mine? F.A.R.A.H.?*sound of window glass broken into pieces*
Kalau nak A, A je la. B,C,D dan lain-lain bole buang jauh2 atau buat tak tahu je.

P/S : I know I shouldn't blogged about this. and shouldn't had that kind of feeling. tapi apakan daya, aku juga manusia biasa. okay. thanks for reading. I'm off to bed now. anneyong !

Wednesday 10 August 2011

DURIAN GORENG ??

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. salam ramadhan everyone ! :) 

Masuk hari ni, dah genap sepuluh hari kita semua berpuasa. masa sememangnya berlalu dengan pantas kan. ouhh. I really hope that time passing by really slowly as I don't get ready yet to continue my studies. erghhh >.<

Okay. hari ni nak share benda yang menarik sikit kat korang. tengah2 syok beli juadah untuk berbuka puasa tu, I found that this one stall sold durian goreng? eh yeke? pernah jumpa tak? ice-cream goreng pernah lah jumpa kan. tak pun kalau cakap pasal durian, kita sinonim la dengan bubur durian ke tempoyak ke. rakyat Malaysia sememangnya kreatif uollls ! haha

korang mesti suka makan durian kan? :)

Hmm. ni la rupa durian goreng yang aku beli tu. beli sikit je, nak rasa dulu :P

Rasa durian goreng ni sedap jugak la. rangup di luar, cair di dalam. macam ala2 rasa donut Big Apple perisa durian gitu. tapi donut tu bukan pakai durian original kan. ni durian original. kalau korang nak rasa, cari lah di sekitar bazar Ramadhan yang terdekat. kalau takde, try la buat sendiri. hehehe :P

P/S : kenapa aku tak bole tidur lagi ni ? and I think I was doing my assignment tonight =.= ( tak faham? kalau nak tau, tanya aku personally okay. can't tell about it here)

Okay. thanks. bye. anneyong !







Monday 8 August 2011

seminggu menyepi, kini kembali....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. salam ramadhan. 


Masa sememangnya berlalu dengan pantas. bukak mata tutup mata dah genap 8 hari kita berpuasa. actually aku tak cukup 8 hari pun. faham-faham je la atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. sedar tak sedar dah seminggu jugak aku tak update blog ni. berhabuk dah kan? fuh fuhh, tiup sikit :P hehe

Hmm. entry hari ni bertajuk 'seminggu menyepi kini kembali', kenapa? jum tengok ! ;)

1. Sehari sebelum bulan puasa hari tu, my family and I went to Jusco Tebrau City and did some shopping there. hehe. i loike ~ ngehehehe. 

ramai gila orang. tau lah esok puasa kan? plus ada sales ! nak tau sales apa? macam-macam ada :D haha

tu diaaa. ada sales kat padini. they offered 50% discount on all items and it lasts for only 3 days. pelik jugak kenapa ramai sangat orang kat dalam tu. rupanya ada sales baik punyaa. haha. 

my father bought a pair of Crocs shoes for me ! :) *senyum sampai telinga la kann* hee

2. Hari pertama puasa -went to UiTM Shah Alam. betul ke ni? yes ! dapat jugak melepaskan rindu. huhu. pasni bila lagi nak datang sini. UiTM di Hatiku...

tujuan utama datang sini nak ambil official academic transcript. tapi tak dapat sebab that officer in charge cuti pulak. aigoo aigoo =.=, penat tau datang dari jauh...

dah datang jauh2, haruslah amek gambar kan? HAHA. *malu je orang2 yang lalu-lalang tengok* bialah ! korang pun sama jugak nanti...huhu

3. Busy apply JPA scholarship. harap2 la dapat. senang hidup aku nanti. hehe. lepas tu apa yang membuatkan aku gelabah dan gubra adalah JPA suruh kita hantar hard-copy salinan dokumen2 seperti I/C, surat tawaran IPTA dan lain2 including transcript yang tak kunjung tiba tu. OTTOKE ??(what should I do in Korean). semua dokumen dah ada except that transcript.

where are you transcript? O.O kawan- kawan yang lain dah tunggu nak dipos ni. huhu

inilah transcript saya ! ^^ oleh sebab takut dokumen2 tadi tak sempat dihantar, maka Papa pun tolong amekkan kat Shah Alam. alhamdullilah,lega yang amat sangat ! Thank you Papa :)

4. Habis cerita tentang JPA, aku pergi amek gambar ukuran passport aku yang tak bape nak cantik itu. korang tengok sendiri la, aku tak berapa nak suka.

poyo kan. haha.  tapi which one is better? O.O

5. Last Saturday, pergi shopping lagi ! kali ni kat Angsana pulak. aku ni memang la kaki shopping kan. HAHA. shopping untuk raya and preparations untuk masuk UM nanti. sediakan payung sebelum hujan? tak gitu Ling?*pinjam dialog Sepah jap* hehe

bila tiba time raya je, Angsana sememangnya menjadi tumpuan orang ramai =.=
P/S : aku terjumpa satu remaja lelaki area 20-an mengunyah gula-gula getah. tak puasa ke?O.O astagfirullahalazim -.-

6. I bought a few ribbon broochs from my ex-classmate. cantik ! Mas cakap aku customer dia yang paling jauh setakat ni. mwahaha. yela, aku kat Johor, Mas pulak tinggal kat Kedah. 

comel kan? thanks Mas bagi free gifts ! susah-susah je *embarass*
i wish you good luck in your business ! :)

That's all from me for today. sebab tu aku dah lama tak blogging. banyak aktiviti kene buat. huhu

P/S : ni first entry aku yang 'kaya' dengan gambar kan? haha. bukan apa, korang bukan suka baca panjang2 kan? nanti penat aku tulis, takde orang nak baca. sobs sobs sobs. thanks. bye. anneyong !



Saturday 30 July 2011

~barang yang lepas jangan dikenang~

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. how are you everyone? hopes everything just fine and happy fasting ! :)



Just a short update today. Memetik kata-kata Ain, my chingu (friend in korean) * sorrylah aku memang dah demam korea. yes ! I admit it ! * :



"ala. chill la fara. don't think too much about him. he's nothing anymore in your life. maybe there's someone better  and good for you. "

Yup. betul tu. barang yang lepas jangan dikenang. lupakan lupakan. biarkan dia. mungkin itu hanya kisah lalu aku sahaja pada zaman sekolah. kisah lama. tapi masih lagi ada 'connection' antara kau dan aku sehingga kini. pending. apa nak jadi ? aku pun tak tahu. tunggu dan lihat je lah. 





P/S : kenapa susah nak lupa???* dah2. jam dah menunjukkan 4:10 a.m. aku tak tidur lagi? gila. memang gila. kalau Mama tau, dah lama kene leteran 'baik punya'. haha. okay. thanks. bye. anneyong *

Tuesday 26 July 2011

ALHAMDULLILAH....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. rasanya ni post pertama aku untuk minggu ni. rasa nak menulis tu ada je, tapi broadband aku ni lembap macam siput. haishhh ==''


Alhamdullilah hari ni secara rasminya aku dah habis ganti puasa aku yang 'terpaksa' ditinggalkan tahun lalu. syukur sangat. sempat jugak ganti. hehe. haaa...... nak cakap aku dah last2 minute baru sibuk nak ganti ke ? ala macam anda tak pernah.....hehe. sorry *sambil buat peace !*

Hari ni aku pergi ambil gambar ukuran passport aku. geramnya. my face looked chubby dan senyum macam tak ikhlas je ==''. tak kira nak ambil gambar lagi sekali. keh3. *ni tak berkaitan dengan tajuk hari ni ye*

P/S : wahai inche .................tak payah lah hide diri anda online daripada saya kat chatbox tu. ingat orang tak tahu ke? apa motif anda ye ?


Sekian. jumpa lagi. anneyong ! :)

Wednesday 20 July 2011

tiba-tiba aku rasa takut.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Hari ni aku dapat offer letter dari UM. dengan semangatnya aku pun baca la surat tawaran dan segala macam buku panduan yang dia bagi tu. tiba- tiba rasa takut, cuak, kurang berkeyakinan dan sewaktu dengannya muncul =.=''.

* hanya sekadar gambar hiasan*

hmm. sebab sebab sebab, nak tau tak siapa2 yang dapat CGPA sebanyak 3.7 dan ke atas sahaja baru dapat dean list ! aigoo aigoo -.-. sedih pulak aku. dulu masa kat UiTM 3.5 and above dah consider as DL kan? entah merasa entah tidak nak dapat DL kat UM nanti :'(. down down down lahhhhhh........

lagi satu aku nak share tentang yuran kat sini. yuran minggu haluansiswa atau minggu orientasi je dah RM 262.  tak masuk yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan yuran lain2. tapi sesungguhnya aku bersyukur kerana kita hanya perlu bayar RM 621.60 je per semester. jumlah selebihnya iaitu RM 5,172.90 ditanggung oleh kerajaan Malaysia. itu pun ramai anak2 melayu yang menuntut di IPTA ni tak tahu dek untung. bersyukur la sikit........

sekian dari aku. banyak benda nak cerita sebenarnya ni sebab aku baru sahaja pulang dari Cameron Highlands semalam. hehehe :P

P/S : happy dapat kenal2 dengan kawan2 baru yang bakal melanjutkan pengajian di sini di fesbuk :)

Sunday 17 July 2011

banyak benda nak cerita nih.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Aku nak bagitau yang aku tak sangka dan sangat terkejut dengan result UPU hari jumaat lepas. tapi kata orang, kalau dah rezeki, kalau dah jodoh tak ke mana kan??. Dan sebenarnya aku akui yang U ni sememangnya U idaman aku sejak dulu lagi.

Tapi because of several reasons, my parents insist aku sambung degree dekat UKM. sebab apa? sebab kat sana offer double degree ( civil and syariah at the same time ) dan itu tempat mereka mengaji dulu. mula2, aku tak nak ikut tapi disebabkan nak restu Papa dengan Mama, maka aku pun letaklah law UKM sebagai first choice aku dengan hati terbuka dan redha di atas segala-galanya.


Tup tup. result UPU keluar. nervous jangan cakap lah. tidur memang tak lena. asyik terkenang2 aje dahh. masa aku baru nak check result kat internet, tiba2 ada SMS dari Papa. ingatkan nak tanya aku dah check ke belum. rupanya :


UPU: Tahniah, anda berjaya ditawarkan program ML00 di UM. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran.

Serious ! aku memang terkejut yang amat sangat. sebab UM bukan pilihan pertama aku dan aku ingat dapat UKM. tapi itulah kuasa Allah. Allah Maha Mengetahui. manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. itulah dia. alhamdullilah. aku bersyukur sangat walaupun terkejut. sedih bercampur gembira.  sebab dulu aku memang nak sangat UM. sekarang memang tak sangka cempedak dah bertukar jadi nangka. parents aku pun okay je. :)

P/S : tahniah kepada semua and all the best ! :) bagi yang tidak mendapat course pilihan anda, jangan bersedih dan berduka kerana sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambanya. and everything happens for a reason.

Thursday 14 July 2011

DUP DAP DUP DAP ~

Itulah rentak dan irama jantung aku sekarang. and as if there are butterflies in the stomach. nervous gila seyh nak menunggu result UPU esok ni. harap2 aku dapat continue law jugak. insyaAllah. Good luck pada korang jugak !   

P/S : kenapa aku bukan asasi under UiTM?? kan ke senang tak payah susah2 nak buat pilihan lain. setelah difikir2 balik kan bagus kalau aku letak law UiTM first choice. tapi harapan je la kot sekarang ni. okthanksbye !

Wednesday 13 July 2011

Itulah FACEBOOK !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. hari ni nak cakap sikit tentang laman sosial Facebook. mesti korang semua ada account Facebook kan?. dan juga gila 'ber-online'. nak mengaku ke tak nak ? kalau anda boleh online setiap hari dalam tempoh lebih dari 4 jam, anda dah dikategorikan sebagai addicted to Facebook tau ! *aku lah orangnye tu !. There are 10 things about Facebook that I want to share with all of you today :

i) Mengeratkan hubungan. dengan adanya fb, kita boleh sentiasa berhubung dengan kawan2 kita. tak kira la kawan dekat ke kawan jauh. free pulak tu. kan ke dah jimat kos. lepas tu kau tau apa yang terjadi dekat dia sekarang.kot2 dah in a relationship ke kan *opsss terlebih sudah !

ii) "Jejak kasih". disebabkan fb ni jugak, kadang kalanya kita terjumpa kawan2 lama kita. time2 sekolah rendah dulu ke yang dahulunya lost contact, tiba2 dah terjumpa balik. mesti dia dah lain kan sekarang. aku sangat happy kalau bertemu kembali dengan kawan2 lama ni. pasti terkenang kembali zaman kanak2 ribena dulu. it's same goes with our family members yang jauh2 tu.

iii) Status Facebook. apa yang aku perhatikan kebanyakkan orang buat status dengan tujuan nak marah2 orang, maki-hamun orang yang dia tak puas hati. lepas tu keluarlah bahasa2 mencarut tu. tak ketinggalan jugak buat status tentang kecewa kerana putus cinta ataupun kerana cinta bertepuk sebelah tangan. kawan2, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekumtum. okay ? bagi budak2 sekolah pulak, sibuk merungut "homework banyak lagi tak siap". adik2 sekalian , orang boleh tolong hang siapkan ke kalau hang cakap macam tu ? takpun tentang isu2 sensitif seperti politik. memanglah suka hati kau lah nak buat status apa. tapi agak2 lah beb. pihak yang tersinggung dengan kata2 kau tu macam mana pulak ? sesungguhnya kata2 itu lebih tajam daripada pedang.......

iv) Perbalahan kata-kata. disebabkan status2 yang sensitif tadi lah berlakunya pergaduhan dan perang kata2. A cakap macam ni, B cakap macam tu lepas tu C pulak datang. sampai bila nak habis. kau mesti lah fikir nak menang je kan. walaupun harus menegakkan benang yang basah.

v) Wall post dan comment. kau post sesuatu tu macam orang lain tak boleh baca je kan. yang menggunakan bahasa kesat jangan cakap lah. sikit2 WTF dan yang sewaktu dengannya. yang couple2 ni pulak. tak cukup sms, main wall post pulak. sayang sana, baby sini. come on lah ! ingat kau sorang je ada boyfriend or girlfriend ?. kadang2 kat news feed tu penuh dengan wall posts mereka je. korang tak rasa annoying ??

vi) Relationship status. yang kata dah 'in a relationship' tu mungkin boleh diterima lagi. tapi yang 'married' tu. HAHA. kahwin pun belum dah pandai2 letak married. family kau pun entah restu entah tidak. over kan ?

vii) "Happy birthday". selalunya kita mesti happy dapat ucapan yang hanya 2 perkataan ni. tapi tak tau kenapa  bagi aku, dah ada reminder birthdays boleh la wish kat aku. cuba kalau takde ? tapi terpulanglah pada masing2 nak menilai. bagi aku, kawan sejati adalah yang wish kat kita melalui sms ataupun call. tu baru betul2 ingat.that's it.

viii) Short form. pakai short form kan ke senang ? memang betul tu. tapi kalau dah "ItEw UkE AwAq" atau "NuC aPeWw? " macam mana korang ? mesti pernah jumpa kan ? seriously rimas dengan mereka ni tau. menyusahkan pembacaan orang lain. dia ingat dia baby lagi ke ? aigoo aigoo =.=''. then, short form lain seperti OMG, LOL, dan lain2. bukan lebih baik guna Ya Allah instead of OMG ?

ix) Syndrome suka-tukar-profile-picture. (aku lah tu). kalau boleh gambar yang latest tu la yang kita nak letakkan. kalau boleh hari-hari nak tukar ni. kan2 ? pantang pergi mana2 mesti nak amek gambar. lepas tu, nak cepat2 upload kat fesbuk. aku pun pelik kenapa ye kita excited sangat nak tukar2 profile picture ni =.=''.

x) Applications di Facebook. jangan tipu, kamu2 mesti pernah kan try applications kat fesbuk tu. contoh paling simple games. bila dah start main, addicted. padan muka. "aku nak online ni sebab nak tuai tanaman aku". HAHA. tu lah dia. tapi apa yang aku boleh kata, hati2 applications kat fb ni sebab kadang2 mengarut dan mempunyai unsur2 penilikan.

Sekian, itulah dia Facebook. walaupun hanya mempunyai page Home dan Profile, itulah yang kita duk menghadap berjam-jam lamanya. pelik tapi benar.

P/S : - to banie : thank you very much for today :). lain kali kita lepak tengok cite korea lagi eah. jangan mimpi
          Jang Geun Suk tau malam ni. HAHA
        - to ain : thank you tau sebab call aku tadi. aku suka je sebab takde orang pun nak call aku. sobs sobs.
          hehe :P
        - to sharainie : tahniah kerana mendapat anak saudara baru :). bestnye makin meriah lah family kau. bila
          family aku nak meriah jugak ni ??
        - to pain : mana kau menghilang ? lama dah eah tak text aku. rindu kau !

Okay, thanks for reading :) Anneyong ! ;)

Monday 11 July 2011

Rahsia di sebalik BERSIH !

Assalamualaikum. aku ada terbaca satu entry ni tentang bersih. and aku rasa korang pun patut baca. lepas tu fikir2kan lah. bagi aku semua ni ada benarnya kerana disertai oleh bukti yang pernah berlaku suatu ketika dulu. tak tahu kenapa aku rasa nak share benda ni. sedarlah wahai bangsa Melayu !!! anda perlu bersatu-padu. jangan dipergunakan dan menjadi boneka orang bukan Islam. Anda boleh baca melalui link ni. Sekian, terima kasih :)


P/S : Kecewa dengan status2 mereka di Facebook yang tak habis2 berbalah tentang isu ni. apa entah nak jadi. juga dengan sikap sesetengahnya yang hanya pandai mencari kesalahan pihak tertentu. takkan nak tunggu sampai negara huru-hara baru sibuk nak menangis air mata darah pulak?? ada yang mempunyai ilmu agama tinggi, belajar tinggi, tapi masih tak dapat menilai. sedih kan ? aku hanya mampu berdoa. Ya Allah. selamatkan negaraku, peliharalah keamanan dan kedaulatannya. jauhkanlah tanah air ku dari musibah dan bala bencana. AMIN. 

ralat entry "cepatlah masa..........."

mintak maaf. baru terperasan yang video tadi tu cover untuk satu lagu je iaitu lagu You've Fallen for Me by Jung Yong Hwa CN Blue. ada lagi satu OST Heartstrings yang tercicir. hehe. ni lagu dia, The Day We Fall in Love by Park Shin Hye. Kedua-dua lagu ni dinyanyikan sendiri oleh both of the male and female lead actor.


lagu ni sangat sweet ! ^.^

okay lah. thanks. bye :) 

cepat lah masa...........

Assalamualaikum. anneyonghaesayo wahai bloggers sekalian :)
aku ni aneh kan ? masa tu dah memang cepat berlalu. tapi aku nak cepatttttt lagi. 


maybe sebab aku dah nervous dan tak sabar2 nak tunggu result UPU yang bakal menjelma hari jumaat ni >.<. aishhh. tiba2 rasa cuak pulak. *tawakal2 :)

maybe jugak sebab aku dah tak sabar2 nak tunggu episod terbaru drama korea "HEARTSTRINGS". arghhh. hari2 aku dengar OST drama ni. *dah kira addicted la kan ? cuba korang dengar pulak !


i listen to this song everyday ! >.<

P/S : lagi satu jam tiga puluh minit fara ! sabar2 ! tak faham ? faham2 sendiri je laa.. segan nak cakap. hehe. okay. bye2. anneyong :)

Sunday 10 July 2011

dah lama tak jumpa !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)
kali ni nak buat entry tentang apa yang aku buat siang tadi setelah entry aku sebelum ni bernada serious dan dah macam nak buat karangan kertas Bahasa Melayu Kertas 2. hehe. tadi aku dan family turun ke Tangkak menghadiri majilis perkahwinan abang my BFF, Cik Syarah Syazwan :). mujurlah jalan tak jam macam apa yang berlaku sabtu semalam disebabkan bershitt. *malas nak cakap pape dah.



Before nak sampai rumah syara tu, dapat jugak aku tinjau2 Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak (KMJ) tu haa. hmm kalau lah ditakdirkan aku ni tak masuk asasi, situlah tempat aku nak meneruskan pengajian. cantik jugak tempatnya, bangunan baru tapi peraturan strict mengikut kata2 kawan2 aku >.<

Apa yang aku nak share di sini ialah aku happy dapat jumpa syara setelah hampir 3 bulan setengah tak jumpa.  lama kan ? dulu dialah tempat mengadu, rakan menonton movie, rakan semakan (betul ke ayat aku ni ?-.-),rakan nak g kelas, rakan bergosip,  rakan sebilik, rakan sekatil tak eh. hehe. hmmm. tiba2 terkenang2 kembali memori masa kat UiTM dulu. huhu. sedih la jugak pasni tak dapat sebilik dan se-U lagi. TAPI KAU JANGAN LUPAKAN AKU TAU !


aku dan syara. tengok gambar ni : ada dua question mark terpacul dari kepala aku. hehe :P

1. betul ke syara pakai baju warna pink ni ? 0.O
yela dulu tak suka warna pink. aku yang hantu pink ni asyik kene sakat je dengan dia. pink itu sweet ! patut la kau  makin berseri-seri. ehem2 :P
2. jap2. kenapa aku lagi tinggi ni ? cer tengok. bukan kita sama tinggi ke ?

Akhir kata, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Syarah dan family atas layanan mesra dan 'terbaik wokk' mereka. thank you very much beb :) . sambutan kenduri kahwin kat taman aku pun tak semeriah macam kat sini.* bernada sugul seketika. haha. okay. aku harap kita akan menjadi kawan baik sampai bila2. jangan lupakan aku tau. belajar rajin2. tengok2 kan qida and fira sekali. huhu. kirim salam kat Madam Nazida, Sir Helmi, Madam Ilyana, Sir Izuan, Madam Nurulhuda dan lain2. juga Ayamazz Roti Impit. haha. aku takkan lupakan UiTM Shah Alam. UiTM di hatiku. sobs sobs. take care. jumpa lagi. always keep in touch. *ayat aku touching tak ? gaya dah macam nak g oversea je -.-"

P/S : setakat ni dah dua orang aku unfriend dari friend list fesbuk aku. nak tau sebab apa ? jawapannya ada di last entry aku. i'm sick and annoyed of this people. takde kawan macam ni pun takpe kot. okay. thanks. bye ! anneyong ! (goodbye in korean ).

Friday 8 July 2011

SEDAR LAH SIKIT !

Assalamualaikum. seperti mana semua tahu pada tarikh 9 July akan diadakan perhimpunan bersih yang meminta keadilan supaya  sistem pilihanraya di negara kita ni lebih adil. tapi pada pendapat aku, perhimpunan ini haram kerana membahayakan keselamatan dan keamanan negara. dianjurkan oleh pertubuhan yang tak berdaftar pulak tu. yang menghairankan aku, kenapa lah terdapat segelintir manusia yang taksub dan memperjuangkan perhimpunan ni dengan mengutuk2 pihak lawan kerana sudah jelas2 ianya salah ? somehow, aku rasa perhimpunan hanyalah sebagai alasan atau motif pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap 'beliau'.

Kalau lah betul2 anda semua nak mencari keadilan, kenapa tak melalui rundingan? kenapa mesti buat demonstrasi jalanan yang hanya menyusahkan orang awam ? lagi satu yang duk sibuk canang sistem pilihanraya tak adil la, tak telus lah. tapi bukti dah terang2 kat depan mata. terfikir tak, kenapa parti 'hijau' boleh menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak sekian lama dan benteng mereka masih lagi kukuh sampai ke hari ni ? manakala pilihanraya umum tahun 2008 memperlihatkan 5 negeri dikuasai oleh parti pembangkang. macam mana tu ?? kalau dia menang, dia cakap adil. kalau kalah, semuanya tak adil.

Aku sangat2 berharap tak ada apa2 yang buruk berlaku kesan daripada perbuatan yang mereka yang tidak bertamadun ni esok. dulu kita duk sibuk2 kutuk negara Thailand yang berlaku rusuhan antara puak baju kuning dengan baju merah. sekarang, kita nak hal2 yang berlaku kat negara jiran tu terjadi kat Malaysia ? lu pikirlah sendiri bak kata nabil.....

p/s : maaf kalau aku menyinggung siapa2. or if you disagree with me. aku hanya menyatakan pandangan aku setelah menerima provakasi-provokasi yang sangat menyakitkan hati dari mereka yang menyokong 'bersih'. buka mata, bukalah hati.  tolong lah wahai kamu2 yang belajar pun kat IPTA tapi berlagak nak tunjuk macam dia pandai sangat( pandai menentang). pergi belajar kat IPTS lah ! jangan masuk IPTA. ramai lagi menunggu nak masuk tau. dulu pun masuk sekolah kerajaan, tapi bagai kacang lupakan kulit ek. ni lah orang melayu. macam Dr. M cakap melayu mudah lupa.

-OLEH SEBAB FARAH ANNOYED DENGAN MANUSIA2 YANG BERKENAAN, MAKA TERTULISNYA ENTRY NI-

Tuesday 5 July 2011

pelik dan aneh !

Kenapa ye kalau kita suka seseorang tu orang tu buat tak tahu je dengan kita, tapi kalau kita tak suka orang tu, orang tu duk sibuk suka kat kita. erghhhh. i hate this feeling ! seriously ! bukan sekali dua kali tapi dah banyak kali. sabar je lahhh. 

Aku anggap kau sebagai kawan je weh. not more than that. please. i'm sorry. aku tak tahu kenapa aku suka budak yangbuattaktahu tu. aigoo aigoo =.=''

p/s : pelik dengan sikap sesetengah manusia yang dulu balik kelas and even kat dalam kelas, tak cukup2 masa sibuk nak online. tapi bila dah banyak masa cuti macam ni, dah boleh online 24/7 tak nak online pulak. aneh2. dan tak paham. okay lah. aku nak tidur sekarang. malas nak fikir benda2 pelik dan aneh ni. good night. anneyong!

Back to School !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. 
Title entry kali ni back to school. sebabnya ? aku join event hari kerjaya, koperasi dan keusahawanan sekolah aku dulu. bukan sebagai pelajar(memang tak ah kan ?) atau sebagai guru. hehe. tapi sebagai urusetia ya kawan2. Aku dan dua orang kawan lain ditugaskan untuk buat pas urusetia untuk AJK bekas pelajar sekolah dan jugak cikgu2 yang menjadi urusetia. 200 keping you alls ! banyak kan ?

Event tersebut hari khamis dan jumaat ni. so tak dapat nak cite panjang2 lagi lah macam mana kan. InsyaAllah kalau cik fara rajin akanku update apa yang terjadi nanti. We'll see how yeah !!

p/s : aku dah gila tengok cerita korea sekarang. sehari tak tengok rasa tak best pulak. huhu. dah addict dah aku ni >.<. btw sekarang aku gila nak tengok "HEARTSTRINGS" lakonan Jung Yong Hwa(vokalis CN Blue) dan Park Shin Hye yang baru je ke udara 29th June lepas. Sampai2 OST drama ni sume aku dah download tau ! haaa..... maju tak??. Kalau kamu2 semua tengok drama lakonan mereka berdua ni before this iaitu "YOU'RE BEAUTIFUL", I bet mesti korang suka drama terbaru ni. hehe. so cute and so sweet. nanti aku buat entry pasal drama ni ya. hee. okay thanks bye ! esok nak p sekolah ni :)

Monday 4 July 2011

Cikgu ??

Assalamualaikum. anneyonghaesayo !!
Jam dah menunujukkan jam 4 pagi. tapi mata aku ni tak jugak2 mengantuk. dah berhari-hari tidur lewat je memanjang. hmm...bak kata kawan aku dah bole amek part-time job sebagai burung hantu. HAHA.

Hari ni malas nak cite panjang2. just nak share, masuk kali ni, dah 2 kali orang panggil aku cikgu -.-''. terkojut jugak den ! HAHA. apa muka aku ada macam cikgu ke ? hmm... tawu dah tu. nak cakap sebab aku ni berkaca mata ?jadi nampak muka ala2 skema gitu. HEHE. tapi takpe lah aku okay je walaupun orang tak kenal panggil aku cikgu. cikgu tu bagus ape...banyak berjasa mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. cehh ! tetibe semangat pulak. HEE~

P/S : Sebenarnya hajat hati nak jadi cikgu sandaran sekolah rendah time2 cuti ni. tapi applynye tak jugak. so how ?? hmmm. rasenya dah tak sempat kot. takpe lah, teruskan usaha menanam anggur farah !! Okay lah, terima kasih kerana membaca :) bubbye semua !! Peace !!

Monday 27 June 2011

Penat ! Haaaa Semput~ HAHA

Assalamualaikum, aneyonghaesayo :)
Hai. how are you everyone ? hari ni nak share sikit betapa penat dan sibuk nye fara dalam menguruskan hal2 pabila tetamu akan bertandang ke rumah kita. Yelah mesti nak buat preparation kan, takkan nak biar rumah tu bersepah je. huhu.
1. Beli all those groceries kat econsave. Ni 2 kali pegi belanja baru cukup semua barang2. HAHA. Yg funny nye mama bagi duit RM 150 and i spent RM 149.55. HAHA :P * pandai budget jugak aku ni, huhu, sebenarnya da cuak jugak kalau2 aku belanja sampai jejak RM 300.

2. Beli bunga. Disebabkan saya ni memang minat dengan bunga jadi memang bersemangat je nak cari bunga yang cantik dan sweet. HEHE. and most importantly, my mum puji yang fara pandai cari bunga dan pasu yang sesuai. HAHA *pernah bercita2 mempunyai flower shop sendiri dan menjadi penggubah bunga berjaya (aishh sounds tacky, right ?)

3. Pergi pasar beli ayam dan udang. Part beli ayam ni yang nak share ni. HEHE :P
    penjual : nak ayam yang mana ni ?
    aku: (sambil tunjuk) saya nak yang sedang ni. nak dua.
    penjual: (masa nak potong) ayam ni nak potong 12 ke 14 ?
    aku : =.='' (alamak mana la aku tau, selama ni Papa yang g pasar beli ayam) Hmm. saya tak nak peha
    ayam tu dipotong dua.
    penjual : owh. kalau macam tu, potong 12 la. kalau peha potong dua, potong 14. haha.
    aku: owh yelah (dalam hati, alamak bengang jugak. nasib baik jawapan aku betul. haha) *experience to be
    a good wife one day. HAHA

4. Hantar comforter pergi kedai dobi. Yelah orang nak datang tidur rumah, kene lah cuci cadar, selimut,
    comforter segala bagai. barulah suci,bersih dan murni. HAHA

5. Beli lampu tidur untuk bilik tetamu. Sebenarnye baru terperasan yang kat bilik tetamu tu takde lampu tidur
    lagi time kemas2. Maklumlah rumah baru siap renovate tambah bilik tidur. HUHU. Makanya, aku pun
    pergi la cari yang sesuai dan cantik dengan Ain -kawan baik aku. Yang lawaknya sampai rumah je, bibik
    cakap " Cantiknya lampu ni fara ! Bape ratus ni ??"....... Aku : " haha. takde lah. fara beli RM 49.90
    je.caye tak ? hehe. Bila fikir2 balik mungkin sebab design lampu tu kot nampak mahal. Maybe sebab ada
    warna gold and dia agak besar.

6. Pergi bank renew road tax JMG 50 atau nama manjanya jomong. Sebenarnya aku berkeras tak nak tolong
    mama renew the road tax sebab tak pandai all those bank procedures. Tapi last2, think positive je la kan.
    No harm trying. HEHE. Okay kalau kita nak renew road tax tu tak payah ambil nombor dulu, terus je
    pergi jumpa officer yang in-charge bahagian road tax. After that, bila dah dapat slip kene bayar berapa tu
    baru lah ambil nombor dan tunggu kat banking hall. Dan urusan seterusnya faham2 je la kan. HEHE

7. Breakfast and lunch memanjang kat kedai je. *relax lah bibik, tak payah susah2 nak masak untuk aku.
    huh! Nasib baik la ada Ain, kalau tak, kesian den kene buat semua kerja perbelanjaan sorang2. HUHU.
    Aku kawan dengan Ain ni sejak Form 1 lagi,sejak mula nak menapak kat sekolah menengah. That's why la
    kiteorang rapat walaupun tak satu kelas dahh. Pendek kata, sepanjang minggu lepas ketika aku perlu
    menguruskan semua hal2 tersebut Ain lah yang setia menemani :) Thank you so much Ain. Really
    appreciate it ! Rindu kau sekarang beb :'(

Alhamdullilah semua nya berjalan lancar dan mama and papa happy je aku tolong diaorang. Sebenarnye tak mudah untuk seorang ibu atau bapa menguruskan rumahtangga. Bila dah rasa sendiri, baru tau. Jadi hargai lah jasa mereka. Semoga kita mendapat balasan yang baik ! Amin :)
Okay lah. Sekian untuk hari ni. Bubbye !

Monday 20 June 2011

AKU RINDU KAU,TAHU TAK ??

Assalamualaikum,anneyonghaesayo :)
Hari ni fara nak bercerita tentang kawan atau sahabat atau teman or friend atau chinggu (friend in korean). Ibet semua orang kat dunia ni ade kawan, tak kesah la kawan baik ke, kawan sekolah , kawan sekerja ataupun kawan dari laman sosial macam Facebook. Tu pun dikira kawan kan. Kawan sememangnya sangat lah penting dalam hidup kita ni sebab bagi fara kawan adelah orang tempat kita mengadu, berkongsi suka duka selepas family.

Hmm, kenapa tiba2 nak buat entry ni sebab nak cerita tentang isi hati saya yang lama terpendam dan ianya tentang KAWAN. 'Kau' dalam title entry ni merupakan one of my best friends masa kat asasi UiTM dulu. Tak tahu kenapa suddenly nak tulis sikit kisah antara saya dan Miss X. Maybe I miss her kot. Kisah persahabatan kami bermula ketika nak tahu siapa yang dapat satu group dengan kita masa semester 1. Mungkin itu takdirnya, dialah orang pertama yang fara tau satu group dengan fara. Masa tu semua orang sibuk dgn hal masing2 tanya "Group mana?". Sama lah jugak dgn saya. HAHA. Kali pertama terjumpa dia, terdetik dalam hati : peramah betul budak ni, okay lah, boleh jadi kawan !. Sejak dari hari tu, kami akan pergi kelas bersama-sama,berebut bus rapid sama-sama dgn seorang lagi classmate kami, Miss F. Persahabatan kami semakin hari semakin rapat dan saya pun suke bersahabat dgn Miss X ni sebab dia baik, peramah, periang, suka bergurau,suka buat lawak. And believe me or not dia boleh masuk and 'ngam' dgn all my roomates.Sampai2 roomate fara cakap yang dia tu dah macam calon tumpangan 1A-02-29(no bilik fara) dahh. HAHA.

Tetapi entah di mana silapnya, bak kata pepatah 'ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'.huhuh. Hubungan kami dah tak seperti dulu2 masa sem 1, dah tak serapat dahulu. Kawan tetap kawan tapi title 'BFF' tu bila2 masa akan jatuh dari takhtanya. Bagi saya, mungkin kerana dia dah ada someone yang jauh lebih penting iaitu Mr. B. B adalah budak asasi jugak, sama seperti kami. Mereka berkenalan melalui atas talian a.k.a online. Kemudian semasa di sem 2, maka official lah hubungan mereka. Saya masih ingat waktu pertama kali mereka bertemu janji, saya dan kawan2 yang lain siap teman lagi, takut ape2 jadi la katakan. Dan sejak dari hari tu, Miss X memang banyak membuang masa asyik bertemu janji je memanjang. Terus terang saya katakan, saya bukan lah cemburu dgn mereka, tapi kalau dah sampai tahap lupa nak study, lupa nak fikir perasaan kawan tu dah dikira macam mana.

Miss X yang dahulunya kawan baik saya  dan selalu ke mana2 bersama2, selalu sangat menolak sekiranya saya mengajak keluar makan even dekat cafe fakulti kami yang 'sejengkal' tu. Kalau nak makan dekat luar kampus apetah lagi kan. Alasan yang selalu dia cakap "aku penat la", "malas lah nak kua". Bila duduk sorang2 fikirkan sikap si X yang dah banyak sgt berubah tu, hati jadi sedih dan tertanya-tanya, 'mana pergi kawan aku yg dulu?".Ape yg bermain di fikiran Miss X mempunyai banyak sangat masa terluang untuk bertemu janji dengan 'buahhatipengarangjantung' dia, tapi dengan kawan baik sendiri ?..........

Tak cukup dengan tu, fara kene buat assignment pair work dengan dia untuk English subject. Waktu kami berbincang untuk menyiapkan assignment tu, saya selalu la pot-pet-pot-pet itu ini dengan dia. Tapi dia boleh sibuk texting and berkepit je dengan handphone tu dan ayat yang menusuk kalbu sebagai balasan "kau cakap ape eh tadi?". Time nak buat assignment, dia macam nak tak nak je.Tak macam dulu masa sem 1, bersemangat sungguh nak buat assignment.(p/s penulis pernah buat assignment pair work dgn dia masa sem 1). Nak tak nak ulang je la lagi bak kata kawan2 sekolah dulu 'macam radio rosak'. huhuh. Selain tu, kalau ade ape2 assgignment lain, Miss X akan minta kerja yang mudah dan sikit untuk diterangkan. Kenapa ye dia bersikap sedemikian? Seriously, kadang2 tu memang tak paham dengan perangai dia yang dah  tak macam dulu tu.

Dan satu hal lagi, masa celebrate birthday saya yang ke-18. Miss X yg mencadangkan supaya kita celebrate dekat Pizza Hut. Akan tetapi apabila sampai masanya, dia cakap "fara,nanti sampai jusco aku tak nak makan pizza tau, aku nak makan KFC.Kalau korang nak makan pizza makan lah". Kenapa ek dia tak fikir perasaan kawan dia langsung ? Apalah salahnya makan pizza. Dulu masa jamuan kelas buat kat Pizza Hut, makan pulak tu pizza. huhuh. Lepas makan2 tu, kami semua pergi la jalan2, lepak2 kat MPH. Then Miss X bagitau dia nak balik kolej dulu dengan sorang lagi kawan kami dengan alasan penat. Terdetik dalam hati, kenapa dgn  ***** ni ? Tak boleh tolerate langsung dah ke ? Kan kita boleh balik sama2 nanti. Sebenarnya saya pun tak suka terasa hati ni sume, tapi that day was my birthday kot. So fikir2kan lah whether wajar atau tak wajar kalau kita tersinggung ?.........

Sejak dari birthday saya, kami dah tak pernah hang-out bersama-sama lagi. Nak makan sekali satu meja pun dah jarang. Miss X lebih suka bercerita tentang buah hati dia dgn Miss F, which is our classmate yang rapat dgn kami. Kadang2 tu ada lah jugak saya mencelah, tapi ayat 'sentaphatimaknak' yang saya dapat iaitu : farah,kau tak paham bnde2 mcm ni sebab kau takde BF lagi. FUHH. Hmm yela korang berdua je lah kan yang paham sebab korang berdua dah berpunya, aku ni single lagi. Tak kuasa nak cakap ape2 lagi dahh.

Sebenarnya ada lagi yang tak sempat saya nak ceritakan semua perkara yang merenggangkan lagi hubungan kami. Tapi memang sedih bila dikenangkan kenangan pahit yang antara kami. Walaupun kami memang dah saling memaafkan dan berkawan sehingga kini, tapi hubungan tu dah tak SEBAIK macam waktu dulu. Apa yang fara nak share kat sini adelah, bila kita berada dalam situasi sedemikian barulah kita mengenal yang mana permata yang mana kaca. Saya sangat bersyukur kerana diberi roomate yg sangat baik, memahami, ceria yg menjadi tempat berkongsi suka dan duka. Begitu juga dengan my ex-roomates yang baik dan caring. Fara akan ceritakan tentang dorang pulak pada masa akan datang. Terima kasih banyak2 kepada Cik Syarah Syazwan, Cik Fira dan Cik Qida. Thanks for support me :)

Jadi apa yang dapat disimpulkan dari kisah saya ni:
1. Jangan mengharap yang kawan baik kita akan sentiasa berada di sisi kita je, mungkin ade faktor luaran
    yang mempengaruhi perubahan sikap dia.So cubalah terima dgn sebaik-baiknya.
2. Kalau dah dapat BF or GF tu, ingat2 lah kat kawan2 especially kawan baik. Sebabnya kawan paling
    dekat yg akan mudah terasa dgn perubahan sikap kita. Dan kene ingat yg BF ke GF ke BFF ke, semuanya
    sama penting dalam kehidupan kita. Jadi jangan lupa untuk menghargai mereka.

Sehingga bertemu lagi, bubbye :) Thanks for reading!
p/s : To Miss X, aku mintak maaf atas semua kesalahan aku,aku pun bukan insan yang sempurna. Aku rindu
        nak spend time dgn kau macam dulu2. Harap apa yang terjadi antara kita takkan berulang lagi dan
        menjadi iktibar :)

Wednesday 15 June 2011

Jomong adalah JMG 50 ;)

Assalamualaikum, anneyonghaseyo :) 
huhuh. tiba2 hari ni rasa macam nak update blog pulak. tu yang tak tidoq lagi ni. hihi
hmm back to my topic ! today fara nak share sikit about one of my precious things in my life and bole dikatakan barang yang paling mahal yang pernah fara ada sepanjang hidup selama 19 tahun ni.(actually belum cukup 19 punn.keh3).

Okay,kalau korang perasan title blog ni ade mention 'jomong'.HAHA. mesti korang fikir 'who the heck is jomong?'. now let me know :) jomong tu adela nama timang-timangan la orang cakap for my JMG 50 :)
Kisahnya bermula ketika tahun 2009, which I was in form 5. Mama and Papa beriya-iya pesan, bagi dorongan, nasihat suruh fara study hard and dapatkan perfect score. And diaorang siap cakap lagi kalau fara berjaya dapat straight A's dalam SPM, diaorang nak bagi hadiah sebuah kereta. Wah ! Betul ke ni ? Pada mulanya fara memang tak confident langsung boleh dapat result sedemikian dan hadiah tersebut. Yelah! ingat senang ke nak score all A's in every subjects pulak tu. Especially add math !(yg susah gila tu kan). Dan terus terang,  kalau add math tu memang memanjang je la dapat B,kalau A tu jarang sangatt. Kalau dpt pun A-. huhuh

Tapi bila fikir2 balik bagus jugak Papa ngan Mama buat macam ni. Bak kata buku ; pembakar semangat la katekan. HEHE. So, I studied very hard lah untuk merealisasikan impian :) (sebenarnya bukan disebabkan hadiah yang bakal menanti tu je, tapi kehendak diri jugak supaya boleh masuk U dan buat parents happy). 

Hmm fara nak cite sikit la tentang ape yg fara buat dan korbankan sebelum dapat jomong nie. Nak tau tak, I went to tuition for 7days a week, senang cerita setiap hari. FUHH ! percaya tak? but that's was what I did two years ago. And tuition class tu cover untuk 7 matapelajaran except Sejarah and Pendidikan Islam. 2 matapelajaran ni terpaksa la study sendiri ( sebenarnya kalau tuition centre tu offer subjects ni,dah lama Papa suh amek -.-). Even BM pun dipaksonyo den amek. huhu. In short hidup fara masa time Form 5 ni memang tak enjoy lah. Yela pagi2 pergi sekola, lepas tu ade extra classes pulak tengah hari dan petang pergi tuition pulak, malam bersengkang mata pulak nak siapkan homework. Tough kan ? Tapi sebenarnya itu yang mengajar kita erti kesusahan demi mencapai kejayaan yang diimpi-impikan :)

Jadi, the moral of my story adelah kalau nakkan sesuatu tu berusaha lah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa. Kejayaan dalam hidup kita ni takkan datang bergolek. InsyaAllah Allah akan tolong makbulkan impian  jika kita berusaha :) Sehingga bertemu lagi, bubbye ! 








p/s : ~ di atas ade dilampirkan siapkah jomong sebenarnya :)
       ~ sudah membuat keputusan untuk tidak menjualkan jomong walaupun penulis berjaya membeli sebuah

          kereta baru satu hari nanti :)) 

Tuesday 14 June 2011

Siapa dia Miss Hanny ?

Assalamualaikum , anneyonghaseyo , konichiwa :) hai everyone!!!
Selamat berkenalan ;) . Let me introduce myself first since this is my post.(speaking london terus,haha). Nama penuh saya ialah Farah Hani Binti Zulkurnain. Biasa tu kawan2, family sume panggil fara je tapi ade jugak lah some of them yang called me hanny. Saya lahir pada tanggal 5 Disember 1992 di Johor Bahru tapi dibesarkan di Pontian, Johor. Hmm cakap pasal tarikh lahir ni nak share sikit la yang saya berkongsi tarikh lahir dengan Erul AF( no wonder lah minat dia).HAHA.

Saya masih seorang student lagi (belum berkerja oke :P) and I already finished my foundation in law at UiTM Shah Alam. InsyaAllah will continue my degree in law bulan 9 ni. Oleh kerana tahap kebosanan yang terlampau sepanjang cuti 6 bulan ni, tu yang saya decide nak buat blog. Jadi sekurang-kurangnya masa tu terisi la jugak kan ? nak kerja part time parents pulak tak bagi :(. So sepanjang cuti ni , keje saya tido, tengok TV, facebook, makan, spend time dgn family and kadang-kadang tu hang-out dengan besties.



Akhir bicara, apa yang saya boleh cerita tentang diri saya ialah I'm quite talkative ,loves tu laugh a lot, agak teliti tentang sesuatu perkara and most importantly saya ceria orangnya -maybe sebab maksud nama farah tu sendiri adalah kegirangan :). Hmm kalau nak tau lebih2 tu kene la rajin2 follow blog ni. Tu pun kalau sudi :P hehe. Bubbye , sehingga bertemu lagi ,salam ! =)







p/s: this is me ^.^