Voting

Monday 27 June 2011

Penat ! Haaaa Semput~ HAHA

Assalamualaikum, aneyonghaesayo :)
Hai. how are you everyone ? hari ni nak share sikit betapa penat dan sibuk nye fara dalam menguruskan hal2 pabila tetamu akan bertandang ke rumah kita. Yelah mesti nak buat preparation kan, takkan nak biar rumah tu bersepah je. huhu.
1. Beli all those groceries kat econsave. Ni 2 kali pegi belanja baru cukup semua barang2. HAHA. Yg funny nye mama bagi duit RM 150 and i spent RM 149.55. HAHA :P * pandai budget jugak aku ni, huhu, sebenarnya da cuak jugak kalau2 aku belanja sampai jejak RM 300.

2. Beli bunga. Disebabkan saya ni memang minat dengan bunga jadi memang bersemangat je nak cari bunga yang cantik dan sweet. HEHE. and most importantly, my mum puji yang fara pandai cari bunga dan pasu yang sesuai. HAHA *pernah bercita2 mempunyai flower shop sendiri dan menjadi penggubah bunga berjaya (aishh sounds tacky, right ?)

3. Pergi pasar beli ayam dan udang. Part beli ayam ni yang nak share ni. HEHE :P
    penjual : nak ayam yang mana ni ?
    aku: (sambil tunjuk) saya nak yang sedang ni. nak dua.
    penjual: (masa nak potong) ayam ni nak potong 12 ke 14 ?
    aku : =.='' (alamak mana la aku tau, selama ni Papa yang g pasar beli ayam) Hmm. saya tak nak peha
    ayam tu dipotong dua.
    penjual : owh. kalau macam tu, potong 12 la. kalau peha potong dua, potong 14. haha.
    aku: owh yelah (dalam hati, alamak bengang jugak. nasib baik jawapan aku betul. haha) *experience to be
    a good wife one day. HAHA

4. Hantar comforter pergi kedai dobi. Yelah orang nak datang tidur rumah, kene lah cuci cadar, selimut,
    comforter segala bagai. barulah suci,bersih dan murni. HAHA

5. Beli lampu tidur untuk bilik tetamu. Sebenarnye baru terperasan yang kat bilik tetamu tu takde lampu tidur
    lagi time kemas2. Maklumlah rumah baru siap renovate tambah bilik tidur. HUHU. Makanya, aku pun
    pergi la cari yang sesuai dan cantik dengan Ain -kawan baik aku. Yang lawaknya sampai rumah je, bibik
    cakap " Cantiknya lampu ni fara ! Bape ratus ni ??"....... Aku : " haha. takde lah. fara beli RM 49.90
    je.caye tak ? hehe. Bila fikir2 balik mungkin sebab design lampu tu kot nampak mahal. Maybe sebab ada
    warna gold and dia agak besar.

6. Pergi bank renew road tax JMG 50 atau nama manjanya jomong. Sebenarnya aku berkeras tak nak tolong
    mama renew the road tax sebab tak pandai all those bank procedures. Tapi last2, think positive je la kan.
    No harm trying. HEHE. Okay kalau kita nak renew road tax tu tak payah ambil nombor dulu, terus je
    pergi jumpa officer yang in-charge bahagian road tax. After that, bila dah dapat slip kene bayar berapa tu
    baru lah ambil nombor dan tunggu kat banking hall. Dan urusan seterusnya faham2 je la kan. HEHE

7. Breakfast and lunch memanjang kat kedai je. *relax lah bibik, tak payah susah2 nak masak untuk aku.
    huh! Nasib baik la ada Ain, kalau tak, kesian den kene buat semua kerja perbelanjaan sorang2. HUHU.
    Aku kawan dengan Ain ni sejak Form 1 lagi,sejak mula nak menapak kat sekolah menengah. That's why la
    kiteorang rapat walaupun tak satu kelas dahh. Pendek kata, sepanjang minggu lepas ketika aku perlu
    menguruskan semua hal2 tersebut Ain lah yang setia menemani :) Thank you so much Ain. Really
    appreciate it ! Rindu kau sekarang beb :'(

Alhamdullilah semua nya berjalan lancar dan mama and papa happy je aku tolong diaorang. Sebenarnye tak mudah untuk seorang ibu atau bapa menguruskan rumahtangga. Bila dah rasa sendiri, baru tau. Jadi hargai lah jasa mereka. Semoga kita mendapat balasan yang baik ! Amin :)
Okay lah. Sekian untuk hari ni. Bubbye !

Monday 20 June 2011

AKU RINDU KAU,TAHU TAK ??

Assalamualaikum,anneyonghaesayo :)
Hari ni fara nak bercerita tentang kawan atau sahabat atau teman or friend atau chinggu (friend in korean). Ibet semua orang kat dunia ni ade kawan, tak kesah la kawan baik ke, kawan sekolah , kawan sekerja ataupun kawan dari laman sosial macam Facebook. Tu pun dikira kawan kan. Kawan sememangnya sangat lah penting dalam hidup kita ni sebab bagi fara kawan adelah orang tempat kita mengadu, berkongsi suka duka selepas family.

Hmm, kenapa tiba2 nak buat entry ni sebab nak cerita tentang isi hati saya yang lama terpendam dan ianya tentang KAWAN. 'Kau' dalam title entry ni merupakan one of my best friends masa kat asasi UiTM dulu. Tak tahu kenapa suddenly nak tulis sikit kisah antara saya dan Miss X. Maybe I miss her kot. Kisah persahabatan kami bermula ketika nak tahu siapa yang dapat satu group dengan kita masa semester 1. Mungkin itu takdirnya, dialah orang pertama yang fara tau satu group dengan fara. Masa tu semua orang sibuk dgn hal masing2 tanya "Group mana?". Sama lah jugak dgn saya. HAHA. Kali pertama terjumpa dia, terdetik dalam hati : peramah betul budak ni, okay lah, boleh jadi kawan !. Sejak dari hari tu, kami akan pergi kelas bersama-sama,berebut bus rapid sama-sama dgn seorang lagi classmate kami, Miss F. Persahabatan kami semakin hari semakin rapat dan saya pun suke bersahabat dgn Miss X ni sebab dia baik, peramah, periang, suka bergurau,suka buat lawak. And believe me or not dia boleh masuk and 'ngam' dgn all my roomates.Sampai2 roomate fara cakap yang dia tu dah macam calon tumpangan 1A-02-29(no bilik fara) dahh. HAHA.

Tetapi entah di mana silapnya, bak kata pepatah 'ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'.huhuh. Hubungan kami dah tak seperti dulu2 masa sem 1, dah tak serapat dahulu. Kawan tetap kawan tapi title 'BFF' tu bila2 masa akan jatuh dari takhtanya. Bagi saya, mungkin kerana dia dah ada someone yang jauh lebih penting iaitu Mr. B. B adalah budak asasi jugak, sama seperti kami. Mereka berkenalan melalui atas talian a.k.a online. Kemudian semasa di sem 2, maka official lah hubungan mereka. Saya masih ingat waktu pertama kali mereka bertemu janji, saya dan kawan2 yang lain siap teman lagi, takut ape2 jadi la katakan. Dan sejak dari hari tu, Miss X memang banyak membuang masa asyik bertemu janji je memanjang. Terus terang saya katakan, saya bukan lah cemburu dgn mereka, tapi kalau dah sampai tahap lupa nak study, lupa nak fikir perasaan kawan tu dah dikira macam mana.

Miss X yang dahulunya kawan baik saya  dan selalu ke mana2 bersama2, selalu sangat menolak sekiranya saya mengajak keluar makan even dekat cafe fakulti kami yang 'sejengkal' tu. Kalau nak makan dekat luar kampus apetah lagi kan. Alasan yang selalu dia cakap "aku penat la", "malas lah nak kua". Bila duduk sorang2 fikirkan sikap si X yang dah banyak sgt berubah tu, hati jadi sedih dan tertanya-tanya, 'mana pergi kawan aku yg dulu?".Ape yg bermain di fikiran Miss X mempunyai banyak sangat masa terluang untuk bertemu janji dengan 'buahhatipengarangjantung' dia, tapi dengan kawan baik sendiri ?..........

Tak cukup dengan tu, fara kene buat assignment pair work dengan dia untuk English subject. Waktu kami berbincang untuk menyiapkan assignment tu, saya selalu la pot-pet-pot-pet itu ini dengan dia. Tapi dia boleh sibuk texting and berkepit je dengan handphone tu dan ayat yang menusuk kalbu sebagai balasan "kau cakap ape eh tadi?". Time nak buat assignment, dia macam nak tak nak je.Tak macam dulu masa sem 1, bersemangat sungguh nak buat assignment.(p/s penulis pernah buat assignment pair work dgn dia masa sem 1). Nak tak nak ulang je la lagi bak kata kawan2 sekolah dulu 'macam radio rosak'. huhuh. Selain tu, kalau ade ape2 assgignment lain, Miss X akan minta kerja yang mudah dan sikit untuk diterangkan. Kenapa ye dia bersikap sedemikian? Seriously, kadang2 tu memang tak paham dengan perangai dia yang dah  tak macam dulu tu.

Dan satu hal lagi, masa celebrate birthday saya yang ke-18. Miss X yg mencadangkan supaya kita celebrate dekat Pizza Hut. Akan tetapi apabila sampai masanya, dia cakap "fara,nanti sampai jusco aku tak nak makan pizza tau, aku nak makan KFC.Kalau korang nak makan pizza makan lah". Kenapa ek dia tak fikir perasaan kawan dia langsung ? Apalah salahnya makan pizza. Dulu masa jamuan kelas buat kat Pizza Hut, makan pulak tu pizza. huhuh. Lepas makan2 tu, kami semua pergi la jalan2, lepak2 kat MPH. Then Miss X bagitau dia nak balik kolej dulu dengan sorang lagi kawan kami dengan alasan penat. Terdetik dalam hati, kenapa dgn  ***** ni ? Tak boleh tolerate langsung dah ke ? Kan kita boleh balik sama2 nanti. Sebenarnya saya pun tak suka terasa hati ni sume, tapi that day was my birthday kot. So fikir2kan lah whether wajar atau tak wajar kalau kita tersinggung ?.........

Sejak dari birthday saya, kami dah tak pernah hang-out bersama-sama lagi. Nak makan sekali satu meja pun dah jarang. Miss X lebih suka bercerita tentang buah hati dia dgn Miss F, which is our classmate yang rapat dgn kami. Kadang2 tu ada lah jugak saya mencelah, tapi ayat 'sentaphatimaknak' yang saya dapat iaitu : farah,kau tak paham bnde2 mcm ni sebab kau takde BF lagi. FUHH. Hmm yela korang berdua je lah kan yang paham sebab korang berdua dah berpunya, aku ni single lagi. Tak kuasa nak cakap ape2 lagi dahh.

Sebenarnya ada lagi yang tak sempat saya nak ceritakan semua perkara yang merenggangkan lagi hubungan kami. Tapi memang sedih bila dikenangkan kenangan pahit yang antara kami. Walaupun kami memang dah saling memaafkan dan berkawan sehingga kini, tapi hubungan tu dah tak SEBAIK macam waktu dulu. Apa yang fara nak share kat sini adelah, bila kita berada dalam situasi sedemikian barulah kita mengenal yang mana permata yang mana kaca. Saya sangat bersyukur kerana diberi roomate yg sangat baik, memahami, ceria yg menjadi tempat berkongsi suka dan duka. Begitu juga dengan my ex-roomates yang baik dan caring. Fara akan ceritakan tentang dorang pulak pada masa akan datang. Terima kasih banyak2 kepada Cik Syarah Syazwan, Cik Fira dan Cik Qida. Thanks for support me :)

Jadi apa yang dapat disimpulkan dari kisah saya ni:
1. Jangan mengharap yang kawan baik kita akan sentiasa berada di sisi kita je, mungkin ade faktor luaran
    yang mempengaruhi perubahan sikap dia.So cubalah terima dgn sebaik-baiknya.
2. Kalau dah dapat BF or GF tu, ingat2 lah kat kawan2 especially kawan baik. Sebabnya kawan paling
    dekat yg akan mudah terasa dgn perubahan sikap kita. Dan kene ingat yg BF ke GF ke BFF ke, semuanya
    sama penting dalam kehidupan kita. Jadi jangan lupa untuk menghargai mereka.

Sehingga bertemu lagi, bubbye :) Thanks for reading!
p/s : To Miss X, aku mintak maaf atas semua kesalahan aku,aku pun bukan insan yang sempurna. Aku rindu
        nak spend time dgn kau macam dulu2. Harap apa yang terjadi antara kita takkan berulang lagi dan
        menjadi iktibar :)

Wednesday 15 June 2011

Jomong adalah JMG 50 ;)

Assalamualaikum, anneyonghaseyo :) 
huhuh. tiba2 hari ni rasa macam nak update blog pulak. tu yang tak tidoq lagi ni. hihi
hmm back to my topic ! today fara nak share sikit about one of my precious things in my life and bole dikatakan barang yang paling mahal yang pernah fara ada sepanjang hidup selama 19 tahun ni.(actually belum cukup 19 punn.keh3).

Okay,kalau korang perasan title blog ni ade mention 'jomong'.HAHA. mesti korang fikir 'who the heck is jomong?'. now let me know :) jomong tu adela nama timang-timangan la orang cakap for my JMG 50 :)
Kisahnya bermula ketika tahun 2009, which I was in form 5. Mama and Papa beriya-iya pesan, bagi dorongan, nasihat suruh fara study hard and dapatkan perfect score. And diaorang siap cakap lagi kalau fara berjaya dapat straight A's dalam SPM, diaorang nak bagi hadiah sebuah kereta. Wah ! Betul ke ni ? Pada mulanya fara memang tak confident langsung boleh dapat result sedemikian dan hadiah tersebut. Yelah! ingat senang ke nak score all A's in every subjects pulak tu. Especially add math !(yg susah gila tu kan). Dan terus terang,  kalau add math tu memang memanjang je la dapat B,kalau A tu jarang sangatt. Kalau dpt pun A-. huhuh

Tapi bila fikir2 balik bagus jugak Papa ngan Mama buat macam ni. Bak kata buku ; pembakar semangat la katekan. HEHE. So, I studied very hard lah untuk merealisasikan impian :) (sebenarnya bukan disebabkan hadiah yang bakal menanti tu je, tapi kehendak diri jugak supaya boleh masuk U dan buat parents happy). 

Hmm fara nak cite sikit la tentang ape yg fara buat dan korbankan sebelum dapat jomong nie. Nak tau tak, I went to tuition for 7days a week, senang cerita setiap hari. FUHH ! percaya tak? but that's was what I did two years ago. And tuition class tu cover untuk 7 matapelajaran except Sejarah and Pendidikan Islam. 2 matapelajaran ni terpaksa la study sendiri ( sebenarnya kalau tuition centre tu offer subjects ni,dah lama Papa suh amek -.-). Even BM pun dipaksonyo den amek. huhu. In short hidup fara masa time Form 5 ni memang tak enjoy lah. Yela pagi2 pergi sekola, lepas tu ade extra classes pulak tengah hari dan petang pergi tuition pulak, malam bersengkang mata pulak nak siapkan homework. Tough kan ? Tapi sebenarnya itu yang mengajar kita erti kesusahan demi mencapai kejayaan yang diimpi-impikan :)

Jadi, the moral of my story adelah kalau nakkan sesuatu tu berusaha lah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa. Kejayaan dalam hidup kita ni takkan datang bergolek. InsyaAllah Allah akan tolong makbulkan impian  jika kita berusaha :) Sehingga bertemu lagi, bubbye ! 








p/s : ~ di atas ade dilampirkan siapkah jomong sebenarnya :)
       ~ sudah membuat keputusan untuk tidak menjualkan jomong walaupun penulis berjaya membeli sebuah

          kereta baru satu hari nanti :)) 

Tuesday 14 June 2011

Siapa dia Miss Hanny ?

Assalamualaikum , anneyonghaseyo , konichiwa :) hai everyone!!!
Selamat berkenalan ;) . Let me introduce myself first since this is my post.(speaking london terus,haha). Nama penuh saya ialah Farah Hani Binti Zulkurnain. Biasa tu kawan2, family sume panggil fara je tapi ade jugak lah some of them yang called me hanny. Saya lahir pada tanggal 5 Disember 1992 di Johor Bahru tapi dibesarkan di Pontian, Johor. Hmm cakap pasal tarikh lahir ni nak share sikit la yang saya berkongsi tarikh lahir dengan Erul AF( no wonder lah minat dia).HAHA.

Saya masih seorang student lagi (belum berkerja oke :P) and I already finished my foundation in law at UiTM Shah Alam. InsyaAllah will continue my degree in law bulan 9 ni. Oleh kerana tahap kebosanan yang terlampau sepanjang cuti 6 bulan ni, tu yang saya decide nak buat blog. Jadi sekurang-kurangnya masa tu terisi la jugak kan ? nak kerja part time parents pulak tak bagi :(. So sepanjang cuti ni , keje saya tido, tengok TV, facebook, makan, spend time dgn family and kadang-kadang tu hang-out dengan besties.



Akhir bicara, apa yang saya boleh cerita tentang diri saya ialah I'm quite talkative ,loves tu laugh a lot, agak teliti tentang sesuatu perkara and most importantly saya ceria orangnya -maybe sebab maksud nama farah tu sendiri adalah kegirangan :). Hmm kalau nak tau lebih2 tu kene la rajin2 follow blog ni. Tu pun kalau sudi :P hehe. Bubbye , sehingga bertemu lagi ,salam ! =)







p/s: this is me ^.^