Voting

Saturday 30 July 2011

~barang yang lepas jangan dikenang~

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. how are you everyone? hopes everything just fine and happy fasting ! :)



Just a short update today. Memetik kata-kata Ain, my chingu (friend in korean) * sorrylah aku memang dah demam korea. yes ! I admit it ! * :



"ala. chill la fara. don't think too much about him. he's nothing anymore in your life. maybe there's someone better  and good for you. "

Yup. betul tu. barang yang lepas jangan dikenang. lupakan lupakan. biarkan dia. mungkin itu hanya kisah lalu aku sahaja pada zaman sekolah. kisah lama. tapi masih lagi ada 'connection' antara kau dan aku sehingga kini. pending. apa nak jadi ? aku pun tak tahu. tunggu dan lihat je lah. 





P/S : kenapa susah nak lupa???* dah2. jam dah menunjukkan 4:10 a.m. aku tak tidur lagi? gila. memang gila. kalau Mama tau, dah lama kene leteran 'baik punya'. haha. okay. thanks. bye. anneyong *

Tuesday 26 July 2011

ALHAMDULLILAH....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. rasanya ni post pertama aku untuk minggu ni. rasa nak menulis tu ada je, tapi broadband aku ni lembap macam siput. haishhh ==''


Alhamdullilah hari ni secara rasminya aku dah habis ganti puasa aku yang 'terpaksa' ditinggalkan tahun lalu. syukur sangat. sempat jugak ganti. hehe. haaa...... nak cakap aku dah last2 minute baru sibuk nak ganti ke ? ala macam anda tak pernah.....hehe. sorry *sambil buat peace !*

Hari ni aku pergi ambil gambar ukuran passport aku. geramnya. my face looked chubby dan senyum macam tak ikhlas je ==''. tak kira nak ambil gambar lagi sekali. keh3. *ni tak berkaitan dengan tajuk hari ni ye*

P/S : wahai inche .................tak payah lah hide diri anda online daripada saya kat chatbox tu. ingat orang tak tahu ke? apa motif anda ye ?


Sekian. jumpa lagi. anneyong ! :)

Wednesday 20 July 2011

tiba-tiba aku rasa takut.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Hari ni aku dapat offer letter dari UM. dengan semangatnya aku pun baca la surat tawaran dan segala macam buku panduan yang dia bagi tu. tiba- tiba rasa takut, cuak, kurang berkeyakinan dan sewaktu dengannya muncul =.=''.

* hanya sekadar gambar hiasan*

hmm. sebab sebab sebab, nak tau tak siapa2 yang dapat CGPA sebanyak 3.7 dan ke atas sahaja baru dapat dean list ! aigoo aigoo -.-. sedih pulak aku. dulu masa kat UiTM 3.5 and above dah consider as DL kan? entah merasa entah tidak nak dapat DL kat UM nanti :'(. down down down lahhhhhh........

lagi satu aku nak share tentang yuran kat sini. yuran minggu haluansiswa atau minggu orientasi je dah RM 262.  tak masuk yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan yuran lain2. tapi sesungguhnya aku bersyukur kerana kita hanya perlu bayar RM 621.60 je per semester. jumlah selebihnya iaitu RM 5,172.90 ditanggung oleh kerajaan Malaysia. itu pun ramai anak2 melayu yang menuntut di IPTA ni tak tahu dek untung. bersyukur la sikit........

sekian dari aku. banyak benda nak cerita sebenarnya ni sebab aku baru sahaja pulang dari Cameron Highlands semalam. hehehe :P

P/S : happy dapat kenal2 dengan kawan2 baru yang bakal melanjutkan pengajian di sini di fesbuk :)

Sunday 17 July 2011

banyak benda nak cerita nih.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Aku nak bagitau yang aku tak sangka dan sangat terkejut dengan result UPU hari jumaat lepas. tapi kata orang, kalau dah rezeki, kalau dah jodoh tak ke mana kan??. Dan sebenarnya aku akui yang U ni sememangnya U idaman aku sejak dulu lagi.

Tapi because of several reasons, my parents insist aku sambung degree dekat UKM. sebab apa? sebab kat sana offer double degree ( civil and syariah at the same time ) dan itu tempat mereka mengaji dulu. mula2, aku tak nak ikut tapi disebabkan nak restu Papa dengan Mama, maka aku pun letaklah law UKM sebagai first choice aku dengan hati terbuka dan redha di atas segala-galanya.


Tup tup. result UPU keluar. nervous jangan cakap lah. tidur memang tak lena. asyik terkenang2 aje dahh. masa aku baru nak check result kat internet, tiba2 ada SMS dari Papa. ingatkan nak tanya aku dah check ke belum. rupanya :


UPU: Tahniah, anda berjaya ditawarkan program ML00 di UM. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran.

Serious ! aku memang terkejut yang amat sangat. sebab UM bukan pilihan pertama aku dan aku ingat dapat UKM. tapi itulah kuasa Allah. Allah Maha Mengetahui. manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. itulah dia. alhamdullilah. aku bersyukur sangat walaupun terkejut. sedih bercampur gembira.  sebab dulu aku memang nak sangat UM. sekarang memang tak sangka cempedak dah bertukar jadi nangka. parents aku pun okay je. :)

P/S : tahniah kepada semua and all the best ! :) bagi yang tidak mendapat course pilihan anda, jangan bersedih dan berduka kerana sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambanya. and everything happens for a reason.

Thursday 14 July 2011

DUP DAP DUP DAP ~

Itulah rentak dan irama jantung aku sekarang. and as if there are butterflies in the stomach. nervous gila seyh nak menunggu result UPU esok ni. harap2 aku dapat continue law jugak. insyaAllah. Good luck pada korang jugak !   

P/S : kenapa aku bukan asasi under UiTM?? kan ke senang tak payah susah2 nak buat pilihan lain. setelah difikir2 balik kan bagus kalau aku letak law UiTM first choice. tapi harapan je la kot sekarang ni. okthanksbye !

Wednesday 13 July 2011

Itulah FACEBOOK !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. hari ni nak cakap sikit tentang laman sosial Facebook. mesti korang semua ada account Facebook kan?. dan juga gila 'ber-online'. nak mengaku ke tak nak ? kalau anda boleh online setiap hari dalam tempoh lebih dari 4 jam, anda dah dikategorikan sebagai addicted to Facebook tau ! *aku lah orangnye tu !. There are 10 things about Facebook that I want to share with all of you today :

i) Mengeratkan hubungan. dengan adanya fb, kita boleh sentiasa berhubung dengan kawan2 kita. tak kira la kawan dekat ke kawan jauh. free pulak tu. kan ke dah jimat kos. lepas tu kau tau apa yang terjadi dekat dia sekarang.kot2 dah in a relationship ke kan *opsss terlebih sudah !

ii) "Jejak kasih". disebabkan fb ni jugak, kadang kalanya kita terjumpa kawan2 lama kita. time2 sekolah rendah dulu ke yang dahulunya lost contact, tiba2 dah terjumpa balik. mesti dia dah lain kan sekarang. aku sangat happy kalau bertemu kembali dengan kawan2 lama ni. pasti terkenang kembali zaman kanak2 ribena dulu. it's same goes with our family members yang jauh2 tu.

iii) Status Facebook. apa yang aku perhatikan kebanyakkan orang buat status dengan tujuan nak marah2 orang, maki-hamun orang yang dia tak puas hati. lepas tu keluarlah bahasa2 mencarut tu. tak ketinggalan jugak buat status tentang kecewa kerana putus cinta ataupun kerana cinta bertepuk sebelah tangan. kawan2, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekumtum. okay ? bagi budak2 sekolah pulak, sibuk merungut "homework banyak lagi tak siap". adik2 sekalian , orang boleh tolong hang siapkan ke kalau hang cakap macam tu ? takpun tentang isu2 sensitif seperti politik. memanglah suka hati kau lah nak buat status apa. tapi agak2 lah beb. pihak yang tersinggung dengan kata2 kau tu macam mana pulak ? sesungguhnya kata2 itu lebih tajam daripada pedang.......

iv) Perbalahan kata-kata. disebabkan status2 yang sensitif tadi lah berlakunya pergaduhan dan perang kata2. A cakap macam ni, B cakap macam tu lepas tu C pulak datang. sampai bila nak habis. kau mesti lah fikir nak menang je kan. walaupun harus menegakkan benang yang basah.

v) Wall post dan comment. kau post sesuatu tu macam orang lain tak boleh baca je kan. yang menggunakan bahasa kesat jangan cakap lah. sikit2 WTF dan yang sewaktu dengannya. yang couple2 ni pulak. tak cukup sms, main wall post pulak. sayang sana, baby sini. come on lah ! ingat kau sorang je ada boyfriend or girlfriend ?. kadang2 kat news feed tu penuh dengan wall posts mereka je. korang tak rasa annoying ??

vi) Relationship status. yang kata dah 'in a relationship' tu mungkin boleh diterima lagi. tapi yang 'married' tu. HAHA. kahwin pun belum dah pandai2 letak married. family kau pun entah restu entah tidak. over kan ?

vii) "Happy birthday". selalunya kita mesti happy dapat ucapan yang hanya 2 perkataan ni. tapi tak tau kenapa  bagi aku, dah ada reminder birthdays boleh la wish kat aku. cuba kalau takde ? tapi terpulanglah pada masing2 nak menilai. bagi aku, kawan sejati adalah yang wish kat kita melalui sms ataupun call. tu baru betul2 ingat.that's it.

viii) Short form. pakai short form kan ke senang ? memang betul tu. tapi kalau dah "ItEw UkE AwAq" atau "NuC aPeWw? " macam mana korang ? mesti pernah jumpa kan ? seriously rimas dengan mereka ni tau. menyusahkan pembacaan orang lain. dia ingat dia baby lagi ke ? aigoo aigoo =.=''. then, short form lain seperti OMG, LOL, dan lain2. bukan lebih baik guna Ya Allah instead of OMG ?

ix) Syndrome suka-tukar-profile-picture. (aku lah tu). kalau boleh gambar yang latest tu la yang kita nak letakkan. kalau boleh hari-hari nak tukar ni. kan2 ? pantang pergi mana2 mesti nak amek gambar. lepas tu, nak cepat2 upload kat fesbuk. aku pun pelik kenapa ye kita excited sangat nak tukar2 profile picture ni =.=''.

x) Applications di Facebook. jangan tipu, kamu2 mesti pernah kan try applications kat fesbuk tu. contoh paling simple games. bila dah start main, addicted. padan muka. "aku nak online ni sebab nak tuai tanaman aku". HAHA. tu lah dia. tapi apa yang aku boleh kata, hati2 applications kat fb ni sebab kadang2 mengarut dan mempunyai unsur2 penilikan.

Sekian, itulah dia Facebook. walaupun hanya mempunyai page Home dan Profile, itulah yang kita duk menghadap berjam-jam lamanya. pelik tapi benar.

P/S : - to banie : thank you very much for today :). lain kali kita lepak tengok cite korea lagi eah. jangan mimpi
          Jang Geun Suk tau malam ni. HAHA
        - to ain : thank you tau sebab call aku tadi. aku suka je sebab takde orang pun nak call aku. sobs sobs.
          hehe :P
        - to sharainie : tahniah kerana mendapat anak saudara baru :). bestnye makin meriah lah family kau. bila
          family aku nak meriah jugak ni ??
        - to pain : mana kau menghilang ? lama dah eah tak text aku. rindu kau !

Okay, thanks for reading :) Anneyong ! ;)

Monday 11 July 2011

Rahsia di sebalik BERSIH !

Assalamualaikum. aku ada terbaca satu entry ni tentang bersih. and aku rasa korang pun patut baca. lepas tu fikir2kan lah. bagi aku semua ni ada benarnya kerana disertai oleh bukti yang pernah berlaku suatu ketika dulu. tak tahu kenapa aku rasa nak share benda ni. sedarlah wahai bangsa Melayu !!! anda perlu bersatu-padu. jangan dipergunakan dan menjadi boneka orang bukan Islam. Anda boleh baca melalui link ni. Sekian, terima kasih :)


P/S : Kecewa dengan status2 mereka di Facebook yang tak habis2 berbalah tentang isu ni. apa entah nak jadi. juga dengan sikap sesetengahnya yang hanya pandai mencari kesalahan pihak tertentu. takkan nak tunggu sampai negara huru-hara baru sibuk nak menangis air mata darah pulak?? ada yang mempunyai ilmu agama tinggi, belajar tinggi, tapi masih tak dapat menilai. sedih kan ? aku hanya mampu berdoa. Ya Allah. selamatkan negaraku, peliharalah keamanan dan kedaulatannya. jauhkanlah tanah air ku dari musibah dan bala bencana. AMIN. 

ralat entry "cepatlah masa..........."

mintak maaf. baru terperasan yang video tadi tu cover untuk satu lagu je iaitu lagu You've Fallen for Me by Jung Yong Hwa CN Blue. ada lagi satu OST Heartstrings yang tercicir. hehe. ni lagu dia, The Day We Fall in Love by Park Shin Hye. Kedua-dua lagu ni dinyanyikan sendiri oleh both of the male and female lead actor.


lagu ni sangat sweet ! ^.^

okay lah. thanks. bye :) 

cepat lah masa...........

Assalamualaikum. anneyonghaesayo wahai bloggers sekalian :)
aku ni aneh kan ? masa tu dah memang cepat berlalu. tapi aku nak cepatttttt lagi. 


maybe sebab aku dah nervous dan tak sabar2 nak tunggu result UPU yang bakal menjelma hari jumaat ni >.<. aishhh. tiba2 rasa cuak pulak. *tawakal2 :)

maybe jugak sebab aku dah tak sabar2 nak tunggu episod terbaru drama korea "HEARTSTRINGS". arghhh. hari2 aku dengar OST drama ni. *dah kira addicted la kan ? cuba korang dengar pulak !


i listen to this song everyday ! >.<

P/S : lagi satu jam tiga puluh minit fara ! sabar2 ! tak faham ? faham2 sendiri je laa.. segan nak cakap. hehe. okay. bye2. anneyong :)

Sunday 10 July 2011

dah lama tak jumpa !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)
kali ni nak buat entry tentang apa yang aku buat siang tadi setelah entry aku sebelum ni bernada serious dan dah macam nak buat karangan kertas Bahasa Melayu Kertas 2. hehe. tadi aku dan family turun ke Tangkak menghadiri majilis perkahwinan abang my BFF, Cik Syarah Syazwan :). mujurlah jalan tak jam macam apa yang berlaku sabtu semalam disebabkan bershitt. *malas nak cakap pape dah.



Before nak sampai rumah syara tu, dapat jugak aku tinjau2 Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak (KMJ) tu haa. hmm kalau lah ditakdirkan aku ni tak masuk asasi, situlah tempat aku nak meneruskan pengajian. cantik jugak tempatnya, bangunan baru tapi peraturan strict mengikut kata2 kawan2 aku >.<

Apa yang aku nak share di sini ialah aku happy dapat jumpa syara setelah hampir 3 bulan setengah tak jumpa.  lama kan ? dulu dialah tempat mengadu, rakan menonton movie, rakan semakan (betul ke ayat aku ni ?-.-),rakan nak g kelas, rakan bergosip,  rakan sebilik, rakan sekatil tak eh. hehe. hmmm. tiba2 terkenang2 kembali memori masa kat UiTM dulu. huhu. sedih la jugak pasni tak dapat sebilik dan se-U lagi. TAPI KAU JANGAN LUPAKAN AKU TAU !


aku dan syara. tengok gambar ni : ada dua question mark terpacul dari kepala aku. hehe :P

1. betul ke syara pakai baju warna pink ni ? 0.O
yela dulu tak suka warna pink. aku yang hantu pink ni asyik kene sakat je dengan dia. pink itu sweet ! patut la kau  makin berseri-seri. ehem2 :P
2. jap2. kenapa aku lagi tinggi ni ? cer tengok. bukan kita sama tinggi ke ?

Akhir kata, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Syarah dan family atas layanan mesra dan 'terbaik wokk' mereka. thank you very much beb :) . sambutan kenduri kahwin kat taman aku pun tak semeriah macam kat sini.* bernada sugul seketika. haha. okay. aku harap kita akan menjadi kawan baik sampai bila2. jangan lupakan aku tau. belajar rajin2. tengok2 kan qida and fira sekali. huhu. kirim salam kat Madam Nazida, Sir Helmi, Madam Ilyana, Sir Izuan, Madam Nurulhuda dan lain2. juga Ayamazz Roti Impit. haha. aku takkan lupakan UiTM Shah Alam. UiTM di hatiku. sobs sobs. take care. jumpa lagi. always keep in touch. *ayat aku touching tak ? gaya dah macam nak g oversea je -.-"

P/S : setakat ni dah dua orang aku unfriend dari friend list fesbuk aku. nak tau sebab apa ? jawapannya ada di last entry aku. i'm sick and annoyed of this people. takde kawan macam ni pun takpe kot. okay. thanks. bye ! anneyong ! (goodbye in korean ).

Friday 8 July 2011

SEDAR LAH SIKIT !

Assalamualaikum. seperti mana semua tahu pada tarikh 9 July akan diadakan perhimpunan bersih yang meminta keadilan supaya  sistem pilihanraya di negara kita ni lebih adil. tapi pada pendapat aku, perhimpunan ini haram kerana membahayakan keselamatan dan keamanan negara. dianjurkan oleh pertubuhan yang tak berdaftar pulak tu. yang menghairankan aku, kenapa lah terdapat segelintir manusia yang taksub dan memperjuangkan perhimpunan ni dengan mengutuk2 pihak lawan kerana sudah jelas2 ianya salah ? somehow, aku rasa perhimpunan hanyalah sebagai alasan atau motif pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap 'beliau'.

Kalau lah betul2 anda semua nak mencari keadilan, kenapa tak melalui rundingan? kenapa mesti buat demonstrasi jalanan yang hanya menyusahkan orang awam ? lagi satu yang duk sibuk canang sistem pilihanraya tak adil la, tak telus lah. tapi bukti dah terang2 kat depan mata. terfikir tak, kenapa parti 'hijau' boleh menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak sekian lama dan benteng mereka masih lagi kukuh sampai ke hari ni ? manakala pilihanraya umum tahun 2008 memperlihatkan 5 negeri dikuasai oleh parti pembangkang. macam mana tu ?? kalau dia menang, dia cakap adil. kalau kalah, semuanya tak adil.

Aku sangat2 berharap tak ada apa2 yang buruk berlaku kesan daripada perbuatan yang mereka yang tidak bertamadun ni esok. dulu kita duk sibuk2 kutuk negara Thailand yang berlaku rusuhan antara puak baju kuning dengan baju merah. sekarang, kita nak hal2 yang berlaku kat negara jiran tu terjadi kat Malaysia ? lu pikirlah sendiri bak kata nabil.....

p/s : maaf kalau aku menyinggung siapa2. or if you disagree with me. aku hanya menyatakan pandangan aku setelah menerima provakasi-provokasi yang sangat menyakitkan hati dari mereka yang menyokong 'bersih'. buka mata, bukalah hati.  tolong lah wahai kamu2 yang belajar pun kat IPTA tapi berlagak nak tunjuk macam dia pandai sangat( pandai menentang). pergi belajar kat IPTS lah ! jangan masuk IPTA. ramai lagi menunggu nak masuk tau. dulu pun masuk sekolah kerajaan, tapi bagai kacang lupakan kulit ek. ni lah orang melayu. macam Dr. M cakap melayu mudah lupa.

-OLEH SEBAB FARAH ANNOYED DENGAN MANUSIA2 YANG BERKENAAN, MAKA TERTULISNYA ENTRY NI-

Tuesday 5 July 2011

pelik dan aneh !

Kenapa ye kalau kita suka seseorang tu orang tu buat tak tahu je dengan kita, tapi kalau kita tak suka orang tu, orang tu duk sibuk suka kat kita. erghhhh. i hate this feeling ! seriously ! bukan sekali dua kali tapi dah banyak kali. sabar je lahhh. 

Aku anggap kau sebagai kawan je weh. not more than that. please. i'm sorry. aku tak tahu kenapa aku suka budak yangbuattaktahu tu. aigoo aigoo =.=''

p/s : pelik dengan sikap sesetengah manusia yang dulu balik kelas and even kat dalam kelas, tak cukup2 masa sibuk nak online. tapi bila dah banyak masa cuti macam ni, dah boleh online 24/7 tak nak online pulak. aneh2. dan tak paham. okay lah. aku nak tidur sekarang. malas nak fikir benda2 pelik dan aneh ni. good night. anneyong!

Back to School !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. 
Title entry kali ni back to school. sebabnya ? aku join event hari kerjaya, koperasi dan keusahawanan sekolah aku dulu. bukan sebagai pelajar(memang tak ah kan ?) atau sebagai guru. hehe. tapi sebagai urusetia ya kawan2. Aku dan dua orang kawan lain ditugaskan untuk buat pas urusetia untuk AJK bekas pelajar sekolah dan jugak cikgu2 yang menjadi urusetia. 200 keping you alls ! banyak kan ?

Event tersebut hari khamis dan jumaat ni. so tak dapat nak cite panjang2 lagi lah macam mana kan. InsyaAllah kalau cik fara rajin akanku update apa yang terjadi nanti. We'll see how yeah !!

p/s : aku dah gila tengok cerita korea sekarang. sehari tak tengok rasa tak best pulak. huhu. dah addict dah aku ni >.<. btw sekarang aku gila nak tengok "HEARTSTRINGS" lakonan Jung Yong Hwa(vokalis CN Blue) dan Park Shin Hye yang baru je ke udara 29th June lepas. Sampai2 OST drama ni sume aku dah download tau ! haaa..... maju tak??. Kalau kamu2 semua tengok drama lakonan mereka berdua ni before this iaitu "YOU'RE BEAUTIFUL", I bet mesti korang suka drama terbaru ni. hehe. so cute and so sweet. nanti aku buat entry pasal drama ni ya. hee. okay thanks bye ! esok nak p sekolah ni :)

Monday 4 July 2011

Cikgu ??

Assalamualaikum. anneyonghaesayo !!
Jam dah menunujukkan jam 4 pagi. tapi mata aku ni tak jugak2 mengantuk. dah berhari-hari tidur lewat je memanjang. hmm...bak kata kawan aku dah bole amek part-time job sebagai burung hantu. HAHA.

Hari ni malas nak cite panjang2. just nak share, masuk kali ni, dah 2 kali orang panggil aku cikgu -.-''. terkojut jugak den ! HAHA. apa muka aku ada macam cikgu ke ? hmm... tawu dah tu. nak cakap sebab aku ni berkaca mata ?jadi nampak muka ala2 skema gitu. HEHE. tapi takpe lah aku okay je walaupun orang tak kenal panggil aku cikgu. cikgu tu bagus ape...banyak berjasa mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. cehh ! tetibe semangat pulak. HEE~

P/S : Sebenarnya hajat hati nak jadi cikgu sandaran sekolah rendah time2 cuti ni. tapi applynye tak jugak. so how ?? hmmm. rasenya dah tak sempat kot. takpe lah, teruskan usaha menanam anggur farah !! Okay lah, terima kasih kerana membaca :) bubbye semua !! Peace !!