Voting

Friday, 8 July 2011

SEDAR LAH SIKIT !

Assalamualaikum. seperti mana semua tahu pada tarikh 9 July akan diadakan perhimpunan bersih yang meminta keadilan supaya  sistem pilihanraya di negara kita ni lebih adil. tapi pada pendapat aku, perhimpunan ini haram kerana membahayakan keselamatan dan keamanan negara. dianjurkan oleh pertubuhan yang tak berdaftar pulak tu. yang menghairankan aku, kenapa lah terdapat segelintir manusia yang taksub dan memperjuangkan perhimpunan ni dengan mengutuk2 pihak lawan kerana sudah jelas2 ianya salah ? somehow, aku rasa perhimpunan hanyalah sebagai alasan atau motif pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap 'beliau'.

Kalau lah betul2 anda semua nak mencari keadilan, kenapa tak melalui rundingan? kenapa mesti buat demonstrasi jalanan yang hanya menyusahkan orang awam ? lagi satu yang duk sibuk canang sistem pilihanraya tak adil la, tak telus lah. tapi bukti dah terang2 kat depan mata. terfikir tak, kenapa parti 'hijau' boleh menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak sekian lama dan benteng mereka masih lagi kukuh sampai ke hari ni ? manakala pilihanraya umum tahun 2008 memperlihatkan 5 negeri dikuasai oleh parti pembangkang. macam mana tu ?? kalau dia menang, dia cakap adil. kalau kalah, semuanya tak adil.

Aku sangat2 berharap tak ada apa2 yang buruk berlaku kesan daripada perbuatan yang mereka yang tidak bertamadun ni esok. dulu kita duk sibuk2 kutuk negara Thailand yang berlaku rusuhan antara puak baju kuning dengan baju merah. sekarang, kita nak hal2 yang berlaku kat negara jiran tu terjadi kat Malaysia ? lu pikirlah sendiri bak kata nabil.....

p/s : maaf kalau aku menyinggung siapa2. or if you disagree with me. aku hanya menyatakan pandangan aku setelah menerima provakasi-provokasi yang sangat menyakitkan hati dari mereka yang menyokong 'bersih'. buka mata, bukalah hati.  tolong lah wahai kamu2 yang belajar pun kat IPTA tapi berlagak nak tunjuk macam dia pandai sangat( pandai menentang). pergi belajar kat IPTS lah ! jangan masuk IPTA. ramai lagi menunggu nak masuk tau. dulu pun masuk sekolah kerajaan, tapi bagai kacang lupakan kulit ek. ni lah orang melayu. macam Dr. M cakap melayu mudah lupa.

-OLEH SEBAB FARAH ANNOYED DENGAN MANUSIA2 YANG BERKENAAN, MAKA TERTULISNYA ENTRY NI-

No comments:

Post a Comment