Voting

Wednesday, 13 July 2011

Itulah FACEBOOK !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. hari ni nak cakap sikit tentang laman sosial Facebook. mesti korang semua ada account Facebook kan?. dan juga gila 'ber-online'. nak mengaku ke tak nak ? kalau anda boleh online setiap hari dalam tempoh lebih dari 4 jam, anda dah dikategorikan sebagai addicted to Facebook tau ! *aku lah orangnye tu !. There are 10 things about Facebook that I want to share with all of you today :

i) Mengeratkan hubungan. dengan adanya fb, kita boleh sentiasa berhubung dengan kawan2 kita. tak kira la kawan dekat ke kawan jauh. free pulak tu. kan ke dah jimat kos. lepas tu kau tau apa yang terjadi dekat dia sekarang.kot2 dah in a relationship ke kan *opsss terlebih sudah !

ii) "Jejak kasih". disebabkan fb ni jugak, kadang kalanya kita terjumpa kawan2 lama kita. time2 sekolah rendah dulu ke yang dahulunya lost contact, tiba2 dah terjumpa balik. mesti dia dah lain kan sekarang. aku sangat happy kalau bertemu kembali dengan kawan2 lama ni. pasti terkenang kembali zaman kanak2 ribena dulu. it's same goes with our family members yang jauh2 tu.

iii) Status Facebook. apa yang aku perhatikan kebanyakkan orang buat status dengan tujuan nak marah2 orang, maki-hamun orang yang dia tak puas hati. lepas tu keluarlah bahasa2 mencarut tu. tak ketinggalan jugak buat status tentang kecewa kerana putus cinta ataupun kerana cinta bertepuk sebelah tangan. kawan2, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekumtum. okay ? bagi budak2 sekolah pulak, sibuk merungut "homework banyak lagi tak siap". adik2 sekalian , orang boleh tolong hang siapkan ke kalau hang cakap macam tu ? takpun tentang isu2 sensitif seperti politik. memanglah suka hati kau lah nak buat status apa. tapi agak2 lah beb. pihak yang tersinggung dengan kata2 kau tu macam mana pulak ? sesungguhnya kata2 itu lebih tajam daripada pedang.......

iv) Perbalahan kata-kata. disebabkan status2 yang sensitif tadi lah berlakunya pergaduhan dan perang kata2. A cakap macam ni, B cakap macam tu lepas tu C pulak datang. sampai bila nak habis. kau mesti lah fikir nak menang je kan. walaupun harus menegakkan benang yang basah.

v) Wall post dan comment. kau post sesuatu tu macam orang lain tak boleh baca je kan. yang menggunakan bahasa kesat jangan cakap lah. sikit2 WTF dan yang sewaktu dengannya. yang couple2 ni pulak. tak cukup sms, main wall post pulak. sayang sana, baby sini. come on lah ! ingat kau sorang je ada boyfriend or girlfriend ?. kadang2 kat news feed tu penuh dengan wall posts mereka je. korang tak rasa annoying ??

vi) Relationship status. yang kata dah 'in a relationship' tu mungkin boleh diterima lagi. tapi yang 'married' tu. HAHA. kahwin pun belum dah pandai2 letak married. family kau pun entah restu entah tidak. over kan ?

vii) "Happy birthday". selalunya kita mesti happy dapat ucapan yang hanya 2 perkataan ni. tapi tak tau kenapa  bagi aku, dah ada reminder birthdays boleh la wish kat aku. cuba kalau takde ? tapi terpulanglah pada masing2 nak menilai. bagi aku, kawan sejati adalah yang wish kat kita melalui sms ataupun call. tu baru betul2 ingat.that's it.

viii) Short form. pakai short form kan ke senang ? memang betul tu. tapi kalau dah "ItEw UkE AwAq" atau "NuC aPeWw? " macam mana korang ? mesti pernah jumpa kan ? seriously rimas dengan mereka ni tau. menyusahkan pembacaan orang lain. dia ingat dia baby lagi ke ? aigoo aigoo =.=''. then, short form lain seperti OMG, LOL, dan lain2. bukan lebih baik guna Ya Allah instead of OMG ?

ix) Syndrome suka-tukar-profile-picture. (aku lah tu). kalau boleh gambar yang latest tu la yang kita nak letakkan. kalau boleh hari-hari nak tukar ni. kan2 ? pantang pergi mana2 mesti nak amek gambar. lepas tu, nak cepat2 upload kat fesbuk. aku pun pelik kenapa ye kita excited sangat nak tukar2 profile picture ni =.=''.

x) Applications di Facebook. jangan tipu, kamu2 mesti pernah kan try applications kat fesbuk tu. contoh paling simple games. bila dah start main, addicted. padan muka. "aku nak online ni sebab nak tuai tanaman aku". HAHA. tu lah dia. tapi apa yang aku boleh kata, hati2 applications kat fb ni sebab kadang2 mengarut dan mempunyai unsur2 penilikan.

Sekian, itulah dia Facebook. walaupun hanya mempunyai page Home dan Profile, itulah yang kita duk menghadap berjam-jam lamanya. pelik tapi benar.

P/S : - to banie : thank you very much for today :). lain kali kita lepak tengok cite korea lagi eah. jangan mimpi
          Jang Geun Suk tau malam ni. HAHA
        - to ain : thank you tau sebab call aku tadi. aku suka je sebab takde orang pun nak call aku. sobs sobs.
          hehe :P
        - to sharainie : tahniah kerana mendapat anak saudara baru :). bestnye makin meriah lah family kau. bila
          family aku nak meriah jugak ni ??
        - to pain : mana kau menghilang ? lama dah eah tak text aku. rindu kau !

Okay, thanks for reading :) Anneyong ! ;)

2 comments: