Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)
Aku nak bagitau yang aku tak sangka dan sangat terkejut dengan result UPU hari jumaat lepas. tapi kata orang, kalau dah rezeki, kalau dah jodoh tak ke mana kan??. Dan sebenarnya aku akui yang U ni sememangnya U idaman aku sejak dulu lagi.
Tapi because of several reasons, my parents insist aku sambung degree dekat UKM. sebab apa? sebab kat sana offer double degree ( civil and syariah at the same time ) dan itu tempat mereka mengaji dulu. mula2, aku tak nak ikut tapi disebabkan nak restu Papa dengan Mama, maka aku pun letaklah law UKM sebagai first choice aku dengan hati terbuka dan redha di atas segala-galanya.
Tup tup. result UPU keluar. nervous jangan cakap lah. tidur memang tak lena. asyik terkenang2 aje dahh. masa aku baru nak check result kat internet, tiba2 ada SMS dari Papa. ingatkan nak tanya aku dah check ke belum. rupanya :
UPU: Tahniah, anda berjaya ditawarkan program ML00 di UM. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran.
Serious ! aku memang terkejut yang amat sangat. sebab UM bukan pilihan pertama aku dan aku ingat dapat UKM. tapi itulah kuasa Allah. Allah Maha Mengetahui. manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. itulah dia. alhamdullilah. aku bersyukur sangat walaupun terkejut. sedih bercampur gembira. sebab dulu aku memang nak sangat UM. sekarang memang tak sangka cempedak dah bertukar jadi nangka. parents aku pun okay je. :)
P/S : tahniah kepada semua and all the best ! :) bagi yang tidak mendapat course pilihan anda, jangan bersedih dan berduka kerana sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambanya. and everything happens for a reason.
UiTM still di hati ku...hehehe
ReplyDeleteharuslah syarah ! sekarang aku ade dua taglines : UiTM di Hatiku dan UM is One :) hehe
ReplyDeleteUM IS ONE..best gak tagline dia.hehe
ReplyDeleteagaklah. kau nak tau tak senior2 siap buat page khas lagi untuk adik2 junior yang bakal masuk ni kat fb. any questions bole tanya. advance betul :D
ReplyDelete