Voting

Monday, 8 August 2011

seminggu menyepi, kini kembali....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. salam ramadhan. 


Masa sememangnya berlalu dengan pantas. bukak mata tutup mata dah genap 8 hari kita berpuasa. actually aku tak cukup 8 hari pun. faham-faham je la atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. sedar tak sedar dah seminggu jugak aku tak update blog ni. berhabuk dah kan? fuh fuhh, tiup sikit :P hehe

Hmm. entry hari ni bertajuk 'seminggu menyepi kini kembali', kenapa? jum tengok ! ;)

1. Sehari sebelum bulan puasa hari tu, my family and I went to Jusco Tebrau City and did some shopping there. hehe. i loike ~ ngehehehe. 

ramai gila orang. tau lah esok puasa kan? plus ada sales ! nak tau sales apa? macam-macam ada :D haha

tu diaaa. ada sales kat padini. they offered 50% discount on all items and it lasts for only 3 days. pelik jugak kenapa ramai sangat orang kat dalam tu. rupanya ada sales baik punyaa. haha. 

my father bought a pair of Crocs shoes for me ! :) *senyum sampai telinga la kann* hee

2. Hari pertama puasa -went to UiTM Shah Alam. betul ke ni? yes ! dapat jugak melepaskan rindu. huhu. pasni bila lagi nak datang sini. UiTM di Hatiku...

tujuan utama datang sini nak ambil official academic transcript. tapi tak dapat sebab that officer in charge cuti pulak. aigoo aigoo =.=, penat tau datang dari jauh...

dah datang jauh2, haruslah amek gambar kan? HAHA. *malu je orang2 yang lalu-lalang tengok* bialah ! korang pun sama jugak nanti...huhu

3. Busy apply JPA scholarship. harap2 la dapat. senang hidup aku nanti. hehe. lepas tu apa yang membuatkan aku gelabah dan gubra adalah JPA suruh kita hantar hard-copy salinan dokumen2 seperti I/C, surat tawaran IPTA dan lain2 including transcript yang tak kunjung tiba tu. OTTOKE ??(what should I do in Korean). semua dokumen dah ada except that transcript.

where are you transcript? O.O kawan- kawan yang lain dah tunggu nak dipos ni. huhu

inilah transcript saya ! ^^ oleh sebab takut dokumen2 tadi tak sempat dihantar, maka Papa pun tolong amekkan kat Shah Alam. alhamdullilah,lega yang amat sangat ! Thank you Papa :)

4. Habis cerita tentang JPA, aku pergi amek gambar ukuran passport aku yang tak bape nak cantik itu. korang tengok sendiri la, aku tak berapa nak suka.

poyo kan. haha.  tapi which one is better? O.O

5. Last Saturday, pergi shopping lagi ! kali ni kat Angsana pulak. aku ni memang la kaki shopping kan. HAHA. shopping untuk raya and preparations untuk masuk UM nanti. sediakan payung sebelum hujan? tak gitu Ling?*pinjam dialog Sepah jap* hehe

bila tiba time raya je, Angsana sememangnya menjadi tumpuan orang ramai =.=
P/S : aku terjumpa satu remaja lelaki area 20-an mengunyah gula-gula getah. tak puasa ke?O.O astagfirullahalazim -.-

6. I bought a few ribbon broochs from my ex-classmate. cantik ! Mas cakap aku customer dia yang paling jauh setakat ni. mwahaha. yela, aku kat Johor, Mas pulak tinggal kat Kedah. 

comel kan? thanks Mas bagi free gifts ! susah-susah je *embarass*
i wish you good luck in your business ! :)

That's all from me for today. sebab tu aku dah lama tak blogging. banyak aktiviti kene buat. huhu

P/S : ni first entry aku yang 'kaya' dengan gambar kan? haha. bukan apa, korang bukan suka baca panjang2 kan? nanti penat aku tulis, takde orang nak baca. sobs sobs sobs. thanks. bye. anneyong !



Saturday, 30 July 2011

~barang yang lepas jangan dikenang~

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. how are you everyone? hopes everything just fine and happy fasting ! :)



Just a short update today. Memetik kata-kata Ain, my chingu (friend in korean) * sorrylah aku memang dah demam korea. yes ! I admit it ! * :



"ala. chill la fara. don't think too much about him. he's nothing anymore in your life. maybe there's someone better  and good for you. "

Yup. betul tu. barang yang lepas jangan dikenang. lupakan lupakan. biarkan dia. mungkin itu hanya kisah lalu aku sahaja pada zaman sekolah. kisah lama. tapi masih lagi ada 'connection' antara kau dan aku sehingga kini. pending. apa nak jadi ? aku pun tak tahu. tunggu dan lihat je lah. 





P/S : kenapa susah nak lupa???* dah2. jam dah menunjukkan 4:10 a.m. aku tak tidur lagi? gila. memang gila. kalau Mama tau, dah lama kene leteran 'baik punya'. haha. okay. thanks. bye. anneyong *

Tuesday, 26 July 2011

ALHAMDULLILAH....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. rasanya ni post pertama aku untuk minggu ni. rasa nak menulis tu ada je, tapi broadband aku ni lembap macam siput. haishhh ==''


Alhamdullilah hari ni secara rasminya aku dah habis ganti puasa aku yang 'terpaksa' ditinggalkan tahun lalu. syukur sangat. sempat jugak ganti. hehe. haaa...... nak cakap aku dah last2 minute baru sibuk nak ganti ke ? ala macam anda tak pernah.....hehe. sorry *sambil buat peace !*

Hari ni aku pergi ambil gambar ukuran passport aku. geramnya. my face looked chubby dan senyum macam tak ikhlas je ==''. tak kira nak ambil gambar lagi sekali. keh3. *ni tak berkaitan dengan tajuk hari ni ye*

P/S : wahai inche .................tak payah lah hide diri anda online daripada saya kat chatbox tu. ingat orang tak tahu ke? apa motif anda ye ?


Sekian. jumpa lagi. anneyong ! :)

Wednesday, 20 July 2011

tiba-tiba aku rasa takut.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Hari ni aku dapat offer letter dari UM. dengan semangatnya aku pun baca la surat tawaran dan segala macam buku panduan yang dia bagi tu. tiba- tiba rasa takut, cuak, kurang berkeyakinan dan sewaktu dengannya muncul =.=''.

* hanya sekadar gambar hiasan*

hmm. sebab sebab sebab, nak tau tak siapa2 yang dapat CGPA sebanyak 3.7 dan ke atas sahaja baru dapat dean list ! aigoo aigoo -.-. sedih pulak aku. dulu masa kat UiTM 3.5 and above dah consider as DL kan? entah merasa entah tidak nak dapat DL kat UM nanti :'(. down down down lahhhhhh........

lagi satu aku nak share tentang yuran kat sini. yuran minggu haluansiswa atau minggu orientasi je dah RM 262.  tak masuk yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan yuran lain2. tapi sesungguhnya aku bersyukur kerana kita hanya perlu bayar RM 621.60 je per semester. jumlah selebihnya iaitu RM 5,172.90 ditanggung oleh kerajaan Malaysia. itu pun ramai anak2 melayu yang menuntut di IPTA ni tak tahu dek untung. bersyukur la sikit........

sekian dari aku. banyak benda nak cerita sebenarnya ni sebab aku baru sahaja pulang dari Cameron Highlands semalam. hehehe :P

P/S : happy dapat kenal2 dengan kawan2 baru yang bakal melanjutkan pengajian di sini di fesbuk :)

Sunday, 17 July 2011

banyak benda nak cerita nih.....

Assalamualaikum. anneyonghaesayo :)

Aku nak bagitau yang aku tak sangka dan sangat terkejut dengan result UPU hari jumaat lepas. tapi kata orang, kalau dah rezeki, kalau dah jodoh tak ke mana kan??. Dan sebenarnya aku akui yang U ni sememangnya U idaman aku sejak dulu lagi.

Tapi because of several reasons, my parents insist aku sambung degree dekat UKM. sebab apa? sebab kat sana offer double degree ( civil and syariah at the same time ) dan itu tempat mereka mengaji dulu. mula2, aku tak nak ikut tapi disebabkan nak restu Papa dengan Mama, maka aku pun letaklah law UKM sebagai first choice aku dengan hati terbuka dan redha di atas segala-galanya.


Tup tup. result UPU keluar. nervous jangan cakap lah. tidur memang tak lena. asyik terkenang2 aje dahh. masa aku baru nak check result kat internet, tiba2 ada SMS dari Papa. ingatkan nak tanya aku dah check ke belum. rupanya :


UPU: Tahniah, anda berjaya ditawarkan program ML00 di UM. Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran.

Serious ! aku memang terkejut yang amat sangat. sebab UM bukan pilihan pertama aku dan aku ingat dapat UKM. tapi itulah kuasa Allah. Allah Maha Mengetahui. manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. itulah dia. alhamdullilah. aku bersyukur sangat walaupun terkejut. sedih bercampur gembira.  sebab dulu aku memang nak sangat UM. sekarang memang tak sangka cempedak dah bertukar jadi nangka. parents aku pun okay je. :)

P/S : tahniah kepada semua and all the best ! :) bagi yang tidak mendapat course pilihan anda, jangan bersedih dan berduka kerana sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk kita, hamba-hambanya. and everything happens for a reason.

Thursday, 14 July 2011

DUP DAP DUP DAP ~

Itulah rentak dan irama jantung aku sekarang. and as if there are butterflies in the stomach. nervous gila seyh nak menunggu result UPU esok ni. harap2 aku dapat continue law jugak. insyaAllah. Good luck pada korang jugak !   

P/S : kenapa aku bukan asasi under UiTM?? kan ke senang tak payah susah2 nak buat pilihan lain. setelah difikir2 balik kan bagus kalau aku letak law UiTM first choice. tapi harapan je la kot sekarang ni. okthanksbye !

Wednesday, 13 July 2011

Itulah FACEBOOK !

Assalamualaikum. anneyonghaesayo. hari ni nak cakap sikit tentang laman sosial Facebook. mesti korang semua ada account Facebook kan?. dan juga gila 'ber-online'. nak mengaku ke tak nak ? kalau anda boleh online setiap hari dalam tempoh lebih dari 4 jam, anda dah dikategorikan sebagai addicted to Facebook tau ! *aku lah orangnye tu !. There are 10 things about Facebook that I want to share with all of you today :

i) Mengeratkan hubungan. dengan adanya fb, kita boleh sentiasa berhubung dengan kawan2 kita. tak kira la kawan dekat ke kawan jauh. free pulak tu. kan ke dah jimat kos. lepas tu kau tau apa yang terjadi dekat dia sekarang.kot2 dah in a relationship ke kan *opsss terlebih sudah !

ii) "Jejak kasih". disebabkan fb ni jugak, kadang kalanya kita terjumpa kawan2 lama kita. time2 sekolah rendah dulu ke yang dahulunya lost contact, tiba2 dah terjumpa balik. mesti dia dah lain kan sekarang. aku sangat happy kalau bertemu kembali dengan kawan2 lama ni. pasti terkenang kembali zaman kanak2 ribena dulu. it's same goes with our family members yang jauh2 tu.

iii) Status Facebook. apa yang aku perhatikan kebanyakkan orang buat status dengan tujuan nak marah2 orang, maki-hamun orang yang dia tak puas hati. lepas tu keluarlah bahasa2 mencarut tu. tak ketinggalan jugak buat status tentang kecewa kerana putus cinta ataupun kerana cinta bertepuk sebelah tangan. kawan2, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekumtum. okay ? bagi budak2 sekolah pulak, sibuk merungut "homework banyak lagi tak siap". adik2 sekalian , orang boleh tolong hang siapkan ke kalau hang cakap macam tu ? takpun tentang isu2 sensitif seperti politik. memanglah suka hati kau lah nak buat status apa. tapi agak2 lah beb. pihak yang tersinggung dengan kata2 kau tu macam mana pulak ? sesungguhnya kata2 itu lebih tajam daripada pedang.......

iv) Perbalahan kata-kata. disebabkan status2 yang sensitif tadi lah berlakunya pergaduhan dan perang kata2. A cakap macam ni, B cakap macam tu lepas tu C pulak datang. sampai bila nak habis. kau mesti lah fikir nak menang je kan. walaupun harus menegakkan benang yang basah.

v) Wall post dan comment. kau post sesuatu tu macam orang lain tak boleh baca je kan. yang menggunakan bahasa kesat jangan cakap lah. sikit2 WTF dan yang sewaktu dengannya. yang couple2 ni pulak. tak cukup sms, main wall post pulak. sayang sana, baby sini. come on lah ! ingat kau sorang je ada boyfriend or girlfriend ?. kadang2 kat news feed tu penuh dengan wall posts mereka je. korang tak rasa annoying ??

vi) Relationship status. yang kata dah 'in a relationship' tu mungkin boleh diterima lagi. tapi yang 'married' tu. HAHA. kahwin pun belum dah pandai2 letak married. family kau pun entah restu entah tidak. over kan ?

vii) "Happy birthday". selalunya kita mesti happy dapat ucapan yang hanya 2 perkataan ni. tapi tak tau kenapa  bagi aku, dah ada reminder birthdays boleh la wish kat aku. cuba kalau takde ? tapi terpulanglah pada masing2 nak menilai. bagi aku, kawan sejati adalah yang wish kat kita melalui sms ataupun call. tu baru betul2 ingat.that's it.

viii) Short form. pakai short form kan ke senang ? memang betul tu. tapi kalau dah "ItEw UkE AwAq" atau "NuC aPeWw? " macam mana korang ? mesti pernah jumpa kan ? seriously rimas dengan mereka ni tau. menyusahkan pembacaan orang lain. dia ingat dia baby lagi ke ? aigoo aigoo =.=''. then, short form lain seperti OMG, LOL, dan lain2. bukan lebih baik guna Ya Allah instead of OMG ?

ix) Syndrome suka-tukar-profile-picture. (aku lah tu). kalau boleh gambar yang latest tu la yang kita nak letakkan. kalau boleh hari-hari nak tukar ni. kan2 ? pantang pergi mana2 mesti nak amek gambar. lepas tu, nak cepat2 upload kat fesbuk. aku pun pelik kenapa ye kita excited sangat nak tukar2 profile picture ni =.=''.

x) Applications di Facebook. jangan tipu, kamu2 mesti pernah kan try applications kat fesbuk tu. contoh paling simple games. bila dah start main, addicted. padan muka. "aku nak online ni sebab nak tuai tanaman aku". HAHA. tu lah dia. tapi apa yang aku boleh kata, hati2 applications kat fb ni sebab kadang2 mengarut dan mempunyai unsur2 penilikan.

Sekian, itulah dia Facebook. walaupun hanya mempunyai page Home dan Profile, itulah yang kita duk menghadap berjam-jam lamanya. pelik tapi benar.

P/S : - to banie : thank you very much for today :). lain kali kita lepak tengok cite korea lagi eah. jangan mimpi
          Jang Geun Suk tau malam ni. HAHA
        - to ain : thank you tau sebab call aku tadi. aku suka je sebab takde orang pun nak call aku. sobs sobs.
          hehe :P
        - to sharainie : tahniah kerana mendapat anak saudara baru :). bestnye makin meriah lah family kau. bila
          family aku nak meriah jugak ni ??
        - to pain : mana kau menghilang ? lama dah eah tak text aku. rindu kau !

Okay, thanks for reading :) Anneyong ! ;)