Assalamualaikum,anneyonghaesayo :)
Hari ni fara nak bercerita tentang kawan atau sahabat atau teman or friend atau chinggu (friend in korean). Ibet semua orang kat dunia ni ade kawan, tak kesah la kawan baik ke, kawan sekolah , kawan sekerja ataupun kawan dari laman sosial macam Facebook. Tu pun dikira kawan kan. Kawan sememangnya sangat lah penting dalam hidup kita ni sebab bagi fara kawan adelah orang tempat kita mengadu, berkongsi suka duka selepas family.
Hmm, kenapa tiba2 nak buat entry ni sebab nak cerita tentang isi hati saya yang lama terpendam dan ianya tentang KAWAN. 'Kau' dalam title entry ni merupakan one of my best friends masa kat asasi UiTM dulu. Tak tahu kenapa suddenly nak tulis sikit kisah antara saya dan Miss X. Maybe I miss her kot. Kisah persahabatan kami bermula ketika nak tahu siapa yang dapat satu group dengan kita masa semester 1. Mungkin itu takdirnya, dialah orang pertama yang fara tau satu group dengan fara. Masa tu semua orang sibuk dgn hal masing2 tanya "Group mana?". Sama lah jugak dgn saya. HAHA. Kali pertama terjumpa dia, terdetik dalam hati : peramah betul budak ni, okay lah, boleh jadi kawan !. Sejak dari hari tu, kami akan pergi kelas bersama-sama,berebut bus rapid sama-sama dgn seorang lagi classmate kami, Miss F. Persahabatan kami semakin hari semakin rapat dan saya pun suke bersahabat dgn Miss X ni sebab dia baik, peramah, periang, suka bergurau,suka buat lawak. And believe me or not dia boleh masuk and 'ngam' dgn all my roomates.Sampai2 roomate fara cakap yang dia tu dah macam calon tumpangan 1A-02-29(no bilik fara) dahh. HAHA.
Tetapi entah di mana silapnya, bak kata pepatah 'ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'.huhuh. Hubungan kami dah tak seperti dulu2 masa sem 1, dah tak serapat dahulu. Kawan tetap kawan tapi title 'BFF' tu bila2 masa akan jatuh dari takhtanya. Bagi saya, mungkin kerana dia dah ada someone yang jauh lebih penting iaitu Mr. B. B adalah budak asasi jugak, sama seperti kami. Mereka berkenalan melalui atas talian a.k.a online. Kemudian semasa di sem 2, maka official lah hubungan mereka. Saya masih ingat waktu pertama kali mereka bertemu janji, saya dan kawan2 yang lain siap teman lagi, takut ape2 jadi la katakan. Dan sejak dari hari tu, Miss X memang banyak membuang masa asyik bertemu janji je memanjang. Terus terang saya katakan, saya bukan lah cemburu dgn mereka, tapi kalau dah sampai tahap lupa nak study, lupa nak fikir perasaan kawan tu dah dikira macam mana.
Miss X yang dahulunya kawan baik saya dan selalu ke mana2 bersama2, selalu sangat menolak sekiranya saya mengajak keluar makan even dekat cafe fakulti kami yang 'sejengkal' tu. Kalau nak makan dekat luar kampus apetah lagi kan. Alasan yang selalu dia cakap "aku penat la", "malas lah nak kua". Bila duduk sorang2 fikirkan sikap si X yang dah banyak sgt berubah tu, hati jadi sedih dan tertanya-tanya, 'mana pergi kawan aku yg dulu?".Ape yg bermain di fikiran Miss X mempunyai banyak sangat masa terluang untuk bertemu janji dengan 'buahhatipengarangjantung' dia, tapi dengan kawan baik sendiri ?..........
Tak cukup dengan tu, fara kene buat assignment pair work dengan dia untuk English subject. Waktu kami berbincang untuk menyiapkan assignment tu, saya selalu la pot-pet-pot-pet itu ini dengan dia. Tapi dia boleh sibuk texting and berkepit je dengan handphone tu dan ayat yang menusuk kalbu sebagai balasan "kau cakap ape eh tadi?". Time nak buat assignment, dia macam nak tak nak je.Tak macam dulu masa sem 1, bersemangat sungguh nak buat assignment.(p/s penulis pernah buat assignment pair work dgn dia masa sem 1). Nak tak nak ulang je la lagi bak kata kawan2 sekolah dulu 'macam radio rosak'. huhuh. Selain tu, kalau ade ape2 assgignment lain, Miss X akan minta kerja yang mudah dan sikit untuk diterangkan. Kenapa ye dia bersikap sedemikian? Seriously, kadang2 tu memang tak paham dengan perangai dia yang dah tak macam dulu tu.
Dan satu hal lagi, masa celebrate birthday saya yang ke-18. Miss X yg mencadangkan supaya kita celebrate dekat Pizza Hut. Akan tetapi apabila sampai masanya, dia cakap "fara,nanti sampai jusco aku tak nak makan pizza tau, aku nak makan KFC.Kalau korang nak makan pizza makan lah". Kenapa ek dia tak fikir perasaan kawan dia langsung ? Apalah salahnya makan pizza. Dulu masa jamuan kelas buat kat Pizza Hut, makan pulak tu pizza. huhuh. Lepas makan2 tu, kami semua pergi la jalan2, lepak2 kat MPH. Then Miss X bagitau dia nak balik kolej dulu dengan sorang lagi kawan kami dengan alasan penat. Terdetik dalam hati, kenapa dgn ***** ni ? Tak boleh tolerate langsung dah ke ? Kan kita boleh balik sama2 nanti. Sebenarnya saya pun tak suka terasa hati ni sume, tapi that day was my birthday kot. So fikir2kan lah whether wajar atau tak wajar kalau kita tersinggung ?.........
Sejak dari birthday saya, kami dah tak pernah hang-out bersama-sama lagi. Nak makan sekali satu meja pun dah jarang. Miss X lebih suka bercerita tentang buah hati dia dgn Miss F, which is our classmate yang rapat dgn kami. Kadang2 tu ada lah jugak saya mencelah, tapi ayat 'sentaphatimaknak' yang saya dapat iaitu : farah,kau tak paham bnde2 mcm ni sebab kau takde BF lagi. FUHH. Hmm yela korang berdua je lah kan yang paham sebab korang berdua dah berpunya, aku ni single lagi. Tak kuasa nak cakap ape2 lagi dahh.
Sebenarnya ada lagi yang tak sempat saya nak ceritakan semua perkara yang merenggangkan lagi hubungan kami. Tapi memang sedih bila dikenangkan kenangan pahit yang antara kami. Walaupun kami memang dah saling memaafkan dan berkawan sehingga kini, tapi hubungan tu dah tak SEBAIK macam waktu dulu. Apa yang fara nak share kat sini adelah, bila kita berada dalam situasi sedemikian barulah kita mengenal yang mana permata yang mana kaca. Saya sangat bersyukur kerana diberi roomate yg sangat baik, memahami, ceria yg menjadi tempat berkongsi suka dan duka. Begitu juga dengan my ex-roomates yang baik dan caring. Fara akan ceritakan tentang dorang pulak pada masa akan datang. Terima kasih banyak2 kepada Cik Syarah Syazwan, Cik Fira dan Cik Qida. Thanks for support me :)
Jadi apa yang dapat disimpulkan dari kisah saya ni:
1. Jangan mengharap yang kawan baik kita akan sentiasa berada di sisi kita je, mungkin ade faktor luaran
yang mempengaruhi perubahan sikap dia.So cubalah terima dgn sebaik-baiknya.
2. Kalau dah dapat BF or GF tu, ingat2 lah kat kawan2 especially kawan baik. Sebabnya kawan paling
dekat yg akan mudah terasa dgn perubahan sikap kita. Dan kene ingat yg BF ke GF ke BFF ke, semuanya
sama penting dalam kehidupan kita. Jadi jangan lupa untuk menghargai mereka.
Sehingga bertemu lagi, bubbye :) Thanks for reading!
p/s : To Miss X, aku mintak maaf atas semua kesalahan aku,aku pun bukan insan yang sempurna. Aku rindu
nak spend time dgn kau macam dulu2. Harap apa yang terjadi antara kita takkan berulang lagi dan
menjadi iktibar :)
No comments:
Post a Comment